Tuesday, March 9, 2010

Which one? (must read story)

Found this story at Dr.Azwan's blog. It's in Malay..takpa la kan.. :)
Really ..really want to share this with all mommies,

Sesungguhnya, Cinta kepada kebendaan boleh mengatasi kasih sayang sesama keluarga. Itu sebabnya ada ikatan kekeluargaan boleh putus disebabkan oleh perebutan harta.

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai kesiannya...Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ...Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...
Pompuan A:umpil aje la pintu kereta ni
Mak Budak tu:tak boleh ...(sambil menangis)... nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare...
Pompuan C : Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?
Mak budak tu:(sambil menangis)... nanti suami saya marah...
Pakcik B:isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...
Pakcik C:"Mana bapaknya???"
Mak Budak tu:"Dia balik Meru ambil kunci"
Semua orang:"Apa! Meru!!!"

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata..."saya takut suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...

Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni... biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?
Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapabaldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu...
Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen
" aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!
"Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu...
praannng. ...!!!!
Selesai masalah...
Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan. ..kesian baby tu..berpeluh- peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....
Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...

bapak dia masih tak muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...

P/S:Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu. Ye betul ..orang melayu Islam yang diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih compassionate berbanding orang KAFIR. Kononnya lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain yang tak Islam.





11 comments:

Lynn Nasir said...

salam mila,

ajaran islam menekankan bahawa sorg isteri wajib taat kpd suaminya. Allah kata, kalau boleh la manusia sembah manusia yg lain, dah tentu Dia suruh isteri sembah suaminya (which is not). mungkin isteri dlm citer di atas sgt menghormati suaminya (mungkin takut). ada org dlm dunia ni yg dibesarkan dgn kepercayaan tertentu yg sgt kuat pegangannya. kita tak boleh judge dia. kesian dia. jelas dia kata dia takut suami marah.

namun, nyawa anak lebih penting. mengatasi perintah suami yg tak masuk akal. syukur ramai yg m'bantu. dlm hal ni, lynn rasa si isteri serba-salah antara suami & anak. sbb tu dia tak halang bila org lain kapak cermin keta laki dia :) ntah mcm mana la baby tu kan, dibesarkan oleh parents yg mcm tu..

mila.ibunajihah said...

waalaikumsalam Lynn,
mmg betul isteri wajib taat pada suami, undeniable. Tapi jika melibatkan nyawa anak bagi saya itu adalah over the limit, maksud sy Sgt la tak logik kalau kereta selamat, tapi anak mati, sedangkan anak tu amanah daripada Allah.Macam mana la dia nak menjawab kat Akhirat nnti.betul cakap lyn. mmg sah2 dia sgt takut suaminya sebab naluri keibuan dia pun masih tak boleh drive kekuatan utk dia pecahkan tingkap tu.

Kalau budak tu besar nnti mesti dia kecik ati dekat ayah dia kan..sebab lebih sayang tingkap BMW daripada sayang nyawa anak sendiri, aduhai, mintak jauh la dari masalah2 macam ni.

transformed housewife said...

ya Allah kalau takde org pecahkan tingkap kereta ntah apa nak jadi kat baby tu ye. hmmm ni yg tak betul pasal taat pd suami ni. kalau hal melibatkan nyawa anak, baik fikir anak dulu.

mila.ibunajihah said...

temp housewife- akak, based on comment kt blog dr.azwan,emak budak tu muda lg org nya. Bagus la if taat pd suami all out, tp kesian la kat anak tu kan, agaknya mmg dia sgt2 panic utk mmbuat pilihan.

Diyana said...

aduyai..klu saye ade situ kan,nak aje saya tunggu sampai bapak budak tu dtg.nak tgk dia nak marah ke tak bini die sbb kasik org pecahkan cermin bmw die.klu bapak budak tu marah bini die, nak aje saya lastik ngan batu..huhu

miss nina said...

omg..kesian kat baby tu. betul, kita kena taat pada perintah suami selagi tak menyalahi syarak. tapi bab tanggungjawab nak menjaga amanah Allah (anak2) kan sama-sama ada share.

si ibu perlu pentingkan anak dari kereta. tak kisahla kereta bmw ke, keta kancil ke. apalah sangat harga kereta dibandingkan dengan nilai seorang anak.

minta2lah dijauhkan dari semua tu.

mila.ibunajihah said...

diyana- sy pun mmg nak tengok sgt bapak yg sggup p amik kunci spare drpd pecahkan tingkap keta tu..hehe..main baling2 batu ekk..

miss nina-i sgt setuju dgn u..:)

FdausAmad said...

Sis,
cool..

mila.ibunajihah said...

Enchek Firdaus.. ur blogs is cooler.. ;)

BabyIntan said...

Ya Allah, marah dan geram nya intan baca nie! Mak apa jenis macam nie yg sanggup biar anak sampai mcm tu skali...so sad lah coz of takut kan suami sanggup biar anak jadi biru.

Takut suami bertempat jugak lah. Kalo dah spi nyawa anak yg jadi taruhan then u better make the right decision lah...macam lah tak leh nak ganti balik cermin keta BMW tu! Eeee geram nya...

mila.ibunajihah said...

Intan- saya pun rasa apa yg awak rasa. Tapi tulah..lain org lain jugak caranya. apa2 pun budak tu dah selamat,Alhamdulillah. kalau kata budak tu tak selamat, rasanya mau heboh setahun dlm malaysia ni kan..

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.