10.05 pagi tadi (25/4/2012) di Hospital Kuala Lumpur.
Kembalinya ke Rahmatullah adik Edrian Zemier Elyyas
Semoga Allah mencucuri rahmat buat Allahyarham Edrian...Syurgalah tempatmu sayang
dan Semoga Hatman dan isteri akan lebih tabah menghadapi dugaan ini
Al-Fatihah..
***buat kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan adik Edrian sebelum ini.. terima kasih,
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Edrian.
Wednesday, April 25, 2012
Wednesday, April 18, 2012
Mohon doa kawan-kawan semua
Lama tak buat entry di blog ini... agak tawar hati.. takpelah..
all dear mommies,
semalam salah seorang sahabat sepejabat kami ditimpa musibah apabila anak lelakinya yang baru berusia 1 tahun 4 bulan telah jatuh di bilik air bersama pengasuh...
sekarang anak kecil itu di HKL..dalam keadaan koma dan bergantung pada mesin
kepalanya membengkak kerana ada pendarahan dalaman..
sedih..sangat sedih hati saya..mengenangkan saya juga punya anak-anak yang saya letak dalam jagaan orang lain.. saya seperti juga ibu lain yang bekerja terpaksa percayakan orang lain untuk jaga permata-permata hati saya..
Ya Allah..lindungilah Edrian..dan lindungilah anak-anak kami Ya Allah..
sedikit entry pasal edrian juga ada di sini
Semalam faris meragam..faris sekarang manja yang amat..hmmm.. saya pula tengah kelam kelibut nak siapkan makan malam..geram juga rasa..tiba-tiba teringatkan edrian.. menitis airmata saya sebab saya bayangkan kalau lah anak kita dalam keadaan itu..seribu kali teruk pun dia meragam..pasti kita rasa gembira.. just to hear that little voice crying and whining again.. saya peluk faris erat.. Ya Allah berat sungguh dugaan buat ibu edrian..Engkau tabahkanlah hatinya Ya Allah..
kawan-kawan, tolong doakan keselamatan edrian..

Wednesday, February 1, 2012
Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak
Sumber Disini
BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.
Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.
Sumber: Utusan Malaysia

Tuesday, November 22, 2011
Milk Booster
Hari ni genapla 4 bulan saya fully breastfeed Faris..
perkembangan terkini semasa check up 16/11 baru ni
Faris dah 6.3 kg...kebolehan semasa..kaki sembang..orang tegur sikit jawab..orang ajak peek a boo sikit gelak. Masa pi klinik tu, duk gelak la.sembang la..dengan suara yg kuat hokey..cepat-cepat ibu peluk faris sbb menarik perhatian sangat..hehe. faris belum start tiarap lagi, agaknya macam kakak kot, nearly 5 months baru nak tiarap. Faris suka tengok kakak main, kalau kakak datang tegur dekat-dekat dia suka nak layan kakak..tapi kalau kakak jiha dia main terjah je mmg nampak muka dia takut..hehe
berbalik pada tajuk, ni nak share milk booster yang saya sendiri dah uji dan berkesan;
1-Ulam pegaga
2-Shaklee alfalfa
3-fevret air horlicks
4-fevret gak milo+susu tepung+oat...syedap (and aid up sembelit too)
5-Halba..saya masukkan dalam nasi lemak pya nasik or kat kemaman ni..beli nasik dagang la..hehe
6-Peria, buat sayur tumis je
kalau ada nanti saya tambah lagi..tetiba blurr..tapi apapun milk booster ni kena rotate2 la dan yg paling penting jangan tention-tention...saya kalau boleh langsung tak nak fikir susu merudum ke apa..buat relax je coz kalau tention mmg milk production lagi turun.. (kalau saya la)
ok,harap membantu ;)

Friday, November 18, 2011
saya rasa yg ni lagi santekk...
Gud morning everybody!
ramai suka 11.11.11 ek??
saya rasa tarikh lagi ni santekk 20.11.2011
rasanya sheera ayob kot amik tarikh ni..zaman saya kawen dlu smua berebut tarikh 07.07.07,
saya tak kisah sangat sebab yang penting tarikh saya ambil semua family saya boleh datang kenduri saya..kalau dah semua nk kawin 07.07.07, jenuh la org berkejar dari kenduri ke kenduri..ye dak?
tapi Allah dah beri tarikh yg indah untuk kami ingati.... nikah on 17.08.07 dan najihah lahir on 17.07.08, agak confuse di situ..but its beautiful for us :)
kepada yg menikah 20.11.2011 ni.. congrats..dan moga kekal bahagia hendaknya.
daaa..

Thursday, November 17, 2011
Tuesday, November 15, 2011
Her First Sand Art
Ujung minggu baru ni kebetulan kami ke karnival PASDEC kat ECM, sekali adalah aktiviti main sand art tuk bebudak FOC je..tengok najiha macam berminat ..so bagi la dia try. Ibu la yang duk cungkil kertas barrier dengan bahagian yg sticky tu....hasilnya...
-
-
-
-
-
-
tu haa yang belah kiri tu...hehehe...elok je I pi minta dia masukkan dlm plastik rupanya background tak letak coloured sand lagi..patutla that chinese girl tanya ' da siap ke kak?'..sebab nak cepat I pn cakap..dah..dah.. hehe
eksaited je nak lekat kat peti sejuk :)
Pi MBS beli satu set yang brand disney dalam kotak, ada 5 gambar, frame gambar dan harga dalam RM19.90, so ini lah hasilnya yang Cik Najihah buat sendiri
buka 5 warna je...buka banyak-banyak takut lagi banyak tumpah dari melekat..hehe
Overall saya rasa aktiviti sand art ni memang bagus la untuk tengok kreativiti dan hand coordination of our kids.....best!
P/s:Ibu sibuk assist kaka Jiha buat sand art, Ayah dukung Faris... Adik Faris yang penyabar tu telah menyumbat bukan jari...tapi all the jari jemaris ke dalam mulut tau sebab nak bersabar tunggu kakak siap..hehe..sian adik, penyabar je tunggu turn dia pula untuk breastfeed :)
gambar...takdop lagi...hehe
Saturday, November 12, 2011
Black Bird
This song is for all Beatles fan and the movie "I am Sam" fan..
dedicate to Cik Lyd and Cik Nina too... :)
versi sarah Mclachlan nyanyi touch me the most...huhu...

MY DEAREST
About Me
- mila.ibunajihah
- This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.