Showing posts with label Faris Makes an Impression. Show all posts
Showing posts with label Faris Makes an Impression. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Mohon doa kawan-kawan semua

Lama tak buat entry di blog ini... agak tawar hati.. takpelah..

all dear mommies,

semalam salah seorang sahabat sepejabat kami ditimpa musibah apabila anak lelakinya yang baru berusia 1 tahun 4 bulan telah jatuh di bilik air bersama pengasuh...
sekarang anak kecil itu di HKL..dalam keadaan koma dan bergantung pada mesin
kepalanya membengkak kerana ada pendarahan dalaman..

sedih..sangat sedih hati saya..mengenangkan saya juga punya anak-anak yang saya letak dalam jagaan orang lain.. saya seperti juga ibu lain yang bekerja terpaksa percayakan orang lain untuk jaga permata-permata hati saya..

Ya Allah..lindungilah Edrian..dan lindungilah anak-anak kami Ya Allah..

sedikit entry pasal edrian juga ada di sini

Semalam faris meragam..faris sekarang manja yang amat..hmmm.. saya pula tengah kelam kelibut nak siapkan makan malam..geram juga rasa..tiba-tiba teringatkan edrian.. menitis airmata saya sebab saya bayangkan kalau lah anak kita dalam keadaan itu..seribu kali teruk pun dia meragam..pasti kita rasa gembira.. just to hear that little voice crying and whining again.. saya peluk faris erat.. Ya Allah berat sungguh dugaan buat ibu edrian..Engkau tabahkanlah hatinya Ya Allah..

kawan-kawan, tolong doakan keselamatan edrian..

Tuesday, November 22, 2011

Milk Booster

Hari ni genapla 4 bulan saya fully breastfeed Faris..

perkembangan terkini semasa check up 16/11 baru ni

Faris dah 6.3 kg...kebolehan semasa..kaki sembang..orang tegur sikit jawab..orang ajak peek a boo sikit gelak. Masa pi klinik tu, duk gelak la.sembang la..dengan suara yg kuat hokey..cepat-cepat ibu peluk faris sbb menarik perhatian sangat..hehe. faris belum start tiarap lagi, agaknya macam kakak kot, nearly 5 months baru nak tiarap. Faris suka tengok kakak main, kalau kakak datang tegur dekat-dekat dia suka nak layan kakak..tapi kalau kakak jiha dia main terjah je mmg nampak muka dia takut..hehe

berbalik pada tajuk, ni nak share milk booster yang saya sendiri dah uji dan berkesan;

1-Ulam pegaga
2-Shaklee alfalfa
3-fevret air horlicks
4-fevret gak milo+susu tepung+oat...syedap (and aid up sembelit too)
5-Halba..saya masukkan dalam nasi lemak pya nasik or kat kemaman ni..beli nasik dagang la..hehe
6-Peria, buat sayur tumis je

kalau ada nanti saya tambah lagi..tetiba blurr..tapi apapun milk booster ni kena rotate2 la dan yg paling penting jangan tention-tention...saya kalau boleh langsung tak nak fikir susu merudum ke apa..buat relax je coz kalau tention mmg milk production lagi turun.. (kalau saya la)

ok,harap membantu ;)

Tuesday, November 15, 2011

Her First Sand Art

Ujung minggu baru ni kebetulan kami ke karnival PASDEC kat ECM, sekali adalah aktiviti main sand art tuk bebudak FOC je..tengok najiha macam berminat ..so bagi la dia try. Ibu la yang duk cungkil kertas barrier dengan bahagian yg sticky tu....hasilnya...
-

-

-

-

-

-


tu haa yang belah kiri tu...hehehe...elok je I pi minta dia masukkan dlm plastik rupanya background tak letak coloured sand lagi..patutla that chinese girl tanya ' da siap ke kak?'..sebab nak cepat I pn cakap..dah..dah.. hehe

eksaited je nak lekat kat peti sejuk :)


Pi MBS beli satu set yang brand disney dalam kotak, ada 5 gambar, frame gambar dan harga dalam RM19.90, so ini lah hasilnya yang Cik Najihah buat sendiri

buka 5 warna je...buka banyak-banyak takut lagi banyak tumpah dari melekat..hehe

Overall saya rasa aktiviti sand art ni memang bagus la untuk tengok kreativiti dan hand coordination of our kids.....best!

P/s:Ibu sibuk assist kaka Jiha buat sand art, Ayah dukung Faris... Adik Faris yang penyabar tu telah menyumbat bukan jari...tapi all the jari jemaris ke dalam mulut tau sebab nak bersabar tunggu kakak siap..hehe..sian adik, penyabar je tunggu turn dia pula untuk breastfeed :)

gambar...takdop lagi...hehe

Sunday, October 30, 2011

sama tak serupa..

cuba teka..yang mana satu kakak Jiha..yang mana satu Adik Faris (or Fayish ikut pelat najihah)



hehehehe...
Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.