Kalau jalan jauh say 4 to 5 hours punya journey, apa aktiviti yang biasanya mommies buat untuk mengisi kebosanan diri..anak-anak? Yelah, budak-budak kalau duduk dalam kereta (ruang tertutup) ni biasanya jadi bosan kan.
Kalau boleh kita tak nak pemanduan suami terganggu dengan kebosanan anak-anak ni, jadi saya senaraikan disini beberapa aktiviti yang saya sendiri biasa buat;
Kalau boleh kita tak nak pemanduan suami terganggu dengan kebosanan anak-anak ni, jadi saya senaraikan disini beberapa aktiviti yang saya sendiri biasa buat;
1- Baca buku bersama
Carschooling along the way. Tapi aktiviti ni pun kadang anak-anak jadi bosan juga, apatah lagi kalau baca buku yang sama 4-5 kali.so, kena tambah alternatif lain.
2.Berzikir dan menyanyi nursery rhymes
Kanak-kanak biasanya memang suka, kalau contoh nak nyanyi nursery rhymes macam lagu 'If you happy and you know, you..' nah..disitulah keseronokan aktiviti bermula sebab kita boleh letak macam-macam gerakan yang kelakar.
Kalau zikir, saya suka 'Ya Latiff' berulang kali, kalau kebetulan Najihah menyusu, memang boleh sampai tertidur
3-Tengok Educational DVD
Alahai, kereta saya tak ada lah portable DVD ni, tak mampu. Tapi dengan handphone ku yang tak canggih mana, dengan gigih telah merakam dari lensa TV beberapa favourite show Najihah e.g;Jim Jam and Sunny and Alvin and the Chipmunk.Yang ni boleh lah bertahan untuk tengok beberapa kali.4-Flash Card
Baca Flash Card bersama-sama dalam kereta pun seronok juga, macam main kuiz-kuiz gitu. Kalau kita letih, apa kata rakam sessi baca Flash Card ni (rakam gambar flash card itu saja) dan bagi anak kita tengok je rakaman tu, yang ni dia tak bosan sangat sebab dia berkuiz dengan diri sendiri..hehehe.
5-Kerap-kerap berhenti
Untuk sessi meregang-regangkan badan dan berlari-lari anak bersama anak.. :p
6-Sticker Book
Yang ni adalah the best recent activity sebab kami dah lama tak jalan jauh. Gambar di bawah cukup menceritakan apa yang saya maksudkan (^_^). Sticker memang terbaek..
boleh teka tak najihah wat susunan/ejaan apa pada sticker tu?
6 comments:
salam,
have to agree on the above. mmg perlu all that thingy klu tak they definitely throw tantrums!
haaa...lama tak jalan jauh2. dulu masa dok jalan jauh irfan kecik lagi so tak kacau sangat. good info ni nanti boleh dipraktikkan insyaAllah :-)
http://twinkywinkystars.blogspot.com
Tekaanku: nur najiha ax <--pekebende ax tu mila? nama artis ke? hoho! ^^
The Juggling Queen- Wsalam, yaa tantrums is the right word, setakat tepuk-tepuk tak jalan daa, memang kena ada plan B.
Drama Mama-Thanks. Selamat berpraktik :)
Lynn-yaa..tepat sekali..yang AX tu bukanlah nama artis, tapi adalah huruf yang sempat dia tambah sebelum ku terjah fon untuk ambil gambo.hehe
budak2 umur brapa are we talking about?
boleh suruh budak2 tu hafal jalan...atau kira lampu isyarat.haaa...menarik tu.kui3.
aku masa kecik2 dulu ,kalau time nak balik kampung, aku lawan dengan abang aku...dia kira kereta warna merah...aku kira kereta warna putih..sampai kampung jumlah terbanyak dikira pemenang.punyalah gigih nak menang
Dilemma Wanita Gorjest
fndrocka-dalam kes saya ni budak2 umur 3 tahun ke bawah, hehe, my doter pun baru 2 tahun. Anyway, bagus juga idea kamu tu, maybe mommies yg ada anak 3 tahun ke atas boleh apply that kind of aktiviti menyelamat.TQ
Post a Comment