Monday, July 26, 2010

Durian Begitu Begini

Sekarang di Terengganu dah musim durian (negeri lain tak pasti)..durian makin murah, banyak berlambak-lambak. Ramai suka makan durian..ada juga yang bau durian pun bagai nak pengsan bila terhidu sebab tak suka.

Saya suka durian..bukan kategori sukaaaa sangat..bukan...bukan kategori itu sambil menggelengkan kepala. Saya ni kategori kalau tak ada durian, tengok atau cium bau saja pun tak apa dah, tapi kalau ada lagi bagusss..

Saja nak kongsi few fun points pasal durian, kalau ada yang tak betul harap tegur, kalau ada yang kurang..sila lah tambah menambah.

1.Durian ni otai..orang panggil Raja apa?..Raja gopal Buah

2.Bau wangi yang dihasilkan buah durian..memang terbaekk!

3.Durian ada khasiat perubatan tau.. tak caya?

    Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.


4. Tak ada orang jolok pokok durian..its a funny fact
(Sumber)

5.Durian yang tak perlu tunggu buah gugur, yang ni


6.Pantang Larang - Orang kata, kalau makan durian jangan gabung dengan makan tembikai..boleh Innalillah

7. Pantang Larang -Gabung dengan makan ubat Tak Boleh.. orang kata

8.Pantang Larang -Gabung dengan minum Coke pun Tak Boleh...orang kata

9.Pantang Larang -Orang kata lagi, ibu-ibu yang di awal kehamilan tidak boleh makan durian..panass, bahaya.

10.Masa saya berpantang lepas lahirkan najihah, masa tu musim durian...my mom,aunty and brother yang teman masa pantang MELARANG saya makan durian.. my aunty cakap nanti ubun-ubun baby akan terbuka or merekah since kita kan BF baby..sort of..tak ingat.

11.Tapi...tapi.. ada je orang makan durian masa pantang..untuk hangatkan badan katanya..ohh tak aci
mana satu betul?

12.Jarang or rasanya tak ada orang akan potong durian macam ni... kecuali si pemilik gambar ni


13.Fakta- kalau dah makan 'segerombolan' durian, sila lah minum air  yang ditakung dalam kulit durian supaya badan tak rasa panas yang ini memang terbukti.

14.Fakta juga- basuh tangan dibawah air yang mengalir dari kulit luar durian akan menghilangkan bau durian daripada tangan kita, ini memang terbukti

15.fakta (14) belum pernah dieksperimenkan dengan kaedah berkumur-kumur..mana tau akan hilang bau durian dari mulut kan?

16.Durian pun ada yang isi merah, tak caya?

17. Bagi saya makanan yang berasaskan durian memang best..contohnya pengat durian, aiskrim durian,pulut durian,keropok durian, ada lagi tak?


18.Ini pun durian juga, tapi nama khasnya  durian belanda


19.Durian (except durian belanda) ada banyak jenis. Seperti yang dilaporkan disini, untuk durian jenis klon/ durian kahwin sahaja terdapat 200 jenis yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian.

20.Saya tak makan Tempoyak of course saya tak makan ikan patin masak tempoyak. My hubby tak makan tempoyak (on its own), tapi dia suka makan ikan patin masak tempoyak...kesimpulan:selera orang macam-macam.

okay, cukuplah 20 fun points, ada yang saya tak verify sebagai fakta sebab belum tahu kebenarannya unless ada orang yang sudah pernah bereksperimen. If so, please do share here.

11 comments:

fndrocka said...

21. Durian dalam bahasa English dipanggil sebagai Durian

Lynn Nasir said...

22. walau byk mana mkn isi doyan pun, takkan kentut bau doyan..hahaha!

pasal pantang tu, baik le dgr ckp org tua. bukannya takleh mkn lepas pantang kannn....hihihi!

mak encik | SZ said...

wahhh sungguh byk point bkaitan ngan durian ni ye...
betul ye kalo basuh tgn ikut pangsa durian tu blh hilangkn bau ye..kena try ni... :)

mila.ibunajihah said...

fndrocka- nama pun Otai..sapa berani tukar nama dia..hehe

Lynn-betul-betul saya dengar ckp orang tua2.tu yg sekrg lepas geram nak makan doyan..haha

sz-ada lagi ni, mau 50 points, tapi takde saper nk baca nnti haha. pangsa tu yg bhgn mana ek? hehe, yg pastinya saya maksudkan air yg dialirkan ke duri-duri durian tu

miss nina said...

durian makan dengan manggis ok ape.. durian panas, manggis sejuk :)

ysmin. said...

saya berbuka puasa tadi minum air tembikai fresh pastu lepas-lepas makan sume, saya ngap durian tapi satu bijik je la, alhamdulillah takde pape yang berlaku.

omymmeh said...

Durian sedap!!!! Good info. Thanks ibu Mila... 😁

maxgranted009 said...
This comment has been removed by the author.
maxgranted009 said...

Durian boleh basi x

maxgranted009 said...

Durian boleh basi x

maxgranted009 said...

Durian boleh basi x

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.