Friday, July 23, 2010

Kelebihan Selawat Syifa

Salam,

Baru-baru ini saya ada menonton Wanita Hari Ini mengenai isu 'Meroyan', ustaz yang menjadi panel ada menyatakan wanita itu sendiri perlulah menguatkan dalaman mereka agar tidak terkena atau tidak berulang meroyan. Salah satu amalan yang dicadangkan adalah membaca selawat syifa'.

Khasiat Selawat Syifaa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :

1. Menyihatkan jasmani dan rohani.

2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.

3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.

4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.
 
Untuk penjelasan lanjut dan mengelakkan kekeliruan mengenai selawat syifa' bolehlah membaca di sini

Di dalam web Terapi Islam ada juga dinyatakan ;

"Selawat Syifa'  dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. Caranya ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas tempat yang sakit, untuk bengkak atau terseliuh elok dicampur dengan bawang merah yang telah ditumbuk. Insya' ALLAH dengan izin ALLAH maka hilanglah sakit atau bekas itu." 


2 comments:

Lynn Nasir said...

salam,

bagus kan selawat syifa' ni..tp tak ramai yg amalkan, incuding me..orait, nak pi cari dan amalkan secepat mungkin :D thanks mila!

sz | m.s.s said...

salam singgah mila ... :)
sungguh byk khasiat nya ye...terima kasih berkongsi info ini!

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.