Thursday, July 8, 2010

Perkhidmatan Cuci Kain Lampin

Kalau ada perkhidmatan cuci kain lampin di Malaysia ni bagus juga.
Yang paling bagus kalau si syarikat pencuci datang ambil dan hantar kain-kain lampin terpakai ni di rumah dan hantar yang fresh wangi berbasuh di pintu rumah.
Perkhidmatan macam ni akan menggalakkan orang kita memakaikan kain lampin/cloth diaper instead of disposable diaper kepada anak mereka yang pastinya.

Tapi sebenarnya perkhidmatan seumpama ini memang wujud di US nun..


Saya dapat tahu mengenai indutri basuh lampin ni melalui rancangan 'Dirty Jobs', ye..memang dirty jobs sekali.

Mari kita tengok proses kerja Tidee Didee ni,  lebih kurang macam ni la..

1-Ada driver khas yang membawa blue plastic bag go around town ke rumah-rumah yang telah di assign kerana memerlukan lampin dan untuk mengambil lampin-lampai yang sudah dipakai.
Ok, lampin-lampin ni memang folded just the way it is..meaning..tak ada bilas-bilas...haha..memang boleh memengsankan.

2-Bila sampai di pusat pencucian, ada personel yang akan sagregate dan kira lampin yang masuk ni.
memang personel yang buat ni tahan giler tanpa face mask. Kalau setakat lampin anak kita tak apalah, ini dengan lampin pelbagai peringkat umur budak dan orang dewasa pun ada.Tapi yelah, Alah Bisa Tegal Biasa kan?
.

3-Peringkat seterusnya adalah upacara pembasuhan..sigh.
Di peringkat ini, petugasnya adalah seorang pakcik tua yang sudah bekerja disitu selama berpuluh tahun. Menurut pakcik ni, dia suka kerja disitu sebab tak perlu jumpa orang dan tak perlu pakai lawa-lawa sangat..^^

Proses membasuh lampin ni pun sama, tak ada bilas-bilas dah...memang apa yang diambil di muka pintu dan di kira bilangannya tadi memang sebijik itulah yang dimasukkan dalam mesin basuh. Bayangkan mengangkat lampin-lampin yang paling bawah sekali....cepat bayangkan..hehe

Mesin basuh pintar tahap industri ni memang besar. setiap kali basuhan ada 13 rounds. Prosesnya termasuklah untuk memisahkan lampin daripada najis-najis yang ada..nanti ada saluran khas untuk bawak keluar najis ni.

selepas habis basuhan, pH kain lampin akan diperiksa supaya menyamai pH kulit bayi..bagus tau.

 

4- Setelah kering, lampin akan melalui proses QC sebelum dilipat. Lampin yang masih kotor akan dibasuh semula dan lampin yang dah carik ke aper akan diasingkan dan dijual sebab kualiti sudah tidak menepati standard. Biasanya pusat-pusat basuh kereta adalah pembeli setia.

 

Ok, ada siapa-siapa berminat untuk buat such bisnes kat Malaysia ni?? (^^ ")

4 comments:

Drama Mama said...

haaa tak sanggup! yang sorang punya poop pun tak sanggup, kalau banyak2 taktau lah cemana! hihiiihi

http://twinkywinkystars.blgospot.com

Farra Da Smiley said...

eh ekceli it's a good business idea aa...ada brani? keh keh

Lynn Nasir said...

saya tak payah pegang ngan tgn pun CD yg paling bawah tu..hehe! angkut satu baldi dr bin tu tuang terus dlm mesin. dah! ^^

mila nak buat bisnes tu ke?:D

mila.ibunajihah said...

Drama Mama-tidee didee ni servis lampin orang dewasa juga..hehe, lagi haru

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.