Wednesday, August 18, 2010

Resepi Roti John Kiut

Ibu-ibu..petang ni masak aper?

 Saja nak share satu lagi menu mudah iaitu Roti John a.k.a 'Baby John'

Kalau beli dekat pasar malam mau RM 3.50 - RM 4.00 satu kan? kalau dalam family ada 4-5 orang dan semua  pun takmo share roti John memasing..aduss..rabak poket. Jadi apa kata buat sendiri ^^

Bahan:
1-Roti Frankfurter Gardenia (kalau pandai bake sendiri lagi baguss)

2- Minced Chicken - saya guna isi ayam yang didadu
3-2 biji telur -  Ini anggaran untuk 3 Roti John Kiut
4-Bawang Merah Kisar- 1 1/2 sudu
5-Cili kering kisar- 1/2 sudu
6-Sos Tomato- 1 sudu
7-Serbuk kari - lebih kurang satu sudu
(boleh tambah sayur-sayur or bawang besar cincang)
8-Sedikit Butter (minyak saja pun ok)

Cara Masak:
1-Tumis Cili kering dan bawang merah kisar, pastu masukkan la serbuk kari. Bila dah garing tu masukkan la isi ayam, sos tomato dan perasa ikut selera masing (bulan pose semua main agak-agak je ye)
2-Bila dah masak, tunggu cool down jap. sementara tu potong tepi Roti jangan sampai putus.
3-Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan ayam goreng kari tu dalam telur dan kacau.
4-lengser kuali dengan butter or minyak biasa,  masukan sedikit campuran telur tadi ke dalam kuali (agak-agak untuk 1 roti)
5-Terus lekapkan roti pada telur yang baru dimasukkan dalam kuali tadi, kena masukkan masa bahagian atas tu belum masak so telur akan melekat pada roti.

6-Masak kejap ikut selera masing-masing, coz ada yang suka garing-garing roti tu. Siap!
(Letak mayonis sikit dan boleh tambah hirisan timun dan tomato supaya lebih terangkat)


Happy Masak-Masak ^0^

7 comments:

Lynn Nasir said...

dah lama tak buat roti jon..rindu pd abg jon..wahahaha ^^

Diyana said...

yeh.yeh.nak try petang ni.makaceh share recipe,mila.;)

mila.ibunajihah said...

Lynn - abag Jon Kem salam semalam babe..wahaha

Diyana-same2,selamat mencoba..harap2 mia suker =)

hamzah ian said...

best jugak

mila.ibunajihah said...

Hamzah Ian- best kan, guna roti gardenia biasa tu pun boleh =)

Qastalani® said...

roti john yg plh sedap penah makan adalah di Melaka. dia pakai ikan bilis intinye.. Mak aih..

Tp x reti nk masak.. ni dah ada resepi ni patut try n ganti dengan ikan bilis, kan?!

tp haruskah kuali leper mcm goreng roti canai???

mila.ibunajihah said...

Q-kari bilis ke? ok gak tu..hehe. tapi tak payah kualai leper bagai pun babe, i pakai kuali biasa tu je =)

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.