Tuesday, August 17, 2010

Sotong Masam Manis Simple Saya

Saya tak pandai sangat masak..biasa-biasa je, setakat utk memenuhi selera suamiku. But I'm still learning..ololo ^^

Dalam bulan puasa ni, saya berpandangan ibu-ibu yang memasak sendiri juadah di rumah akan kebuntuan juga mencari variasi resepi kan? kan? yang penting resepi yang simple but kena dengan anak tekak. Saya pun duk servay  blog ibu-ibu lain nak tahu masak apa ..sebagai idea.

ok la, dengan tersipu-sipu malu saya nak kongsi resepi  sotong masam manis saya yang agak mudah gitew..

Masa untuk siapkan juadah sotong masam manis versi mila saya ni ambil masa dalam 30 minit , mengambil kira bawang merah dah kisar, cili kering dah kisar dan sotong telah dibersihkan lebih awal (tinggal nak potong-potong je). Yang ni saya buat siap-siap di hujung minggu.

Bahan-bahan;
Sotong - lebih kurang 250 gram  potong dan basuh garam siap-siap
bawang besar holland - 1/2 biji - hiris
bawang merah besar kisar - dalam 3 sudu besar
cili kering kisar - dalam 1 sudu (bulan pose tak elok pedas-pedas sangat
sos tomato - agak-agak la dalam 2 sudu
sos tiram - agak-agak ikut selera
garam & kunyit

1-Sotong tu saya akan perasakan dengan garam & kunyit, pastu letak atas kuali tanpa minyak untuk keringkan air sotong (ada orang mungkin tak buat macam ni, skip it if so ye)
2-Bila dah agak-agak air kering (jangan pulak sampai kering sangat sampai naik bau ye..agak2), boleh la masukkan minyak masak skit, hati-hati ye.
3-Lepas itu masukkan la cili kering, tumis kejap, pastu masukkan la bawang merah kisar. Tumis lagi sampai masak.
4- Lastly masukkan perasa (gula of course la kan untuk rasa manisnya), masukkan sos tomato, sos tiram, bawang besar hiris. Goreng lagi kejap - Siap!

Lauk Berbuka  Ramadhan day 6 untuk 2 anak tekak ;p

Happy Trying  (^0^)

4 comments:

sz | m.s.s said...

wahhh menarik! kena try la cara goreng tanpa minyak tu utk keringkn air sotong..heee...

Drama Mama said...

haaaaa i suka masak simple2 untuk sahur...lagi kena ngn tekak ni dari masak beria. hehehe. nampak awesome tu!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Farra said...

not bad..sedap gak ni...cuma i ni suka sotong yg goreng2 garing sket

mila.ibunajihah said...

sz- try jgn tak try ^^

Drama mama-betul tu, dengan my doter yg duk nak minta perhatian kita je..nak masak bersungguh tu kena tunggu weekend la.Thanks

Farra-yeke.. thanks =) (tsipu-sipu malu), takpe, selera memasing kan.

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.