أنا العبد الذي كسب الذنوبا وصدته الأماني أن يتوبا
Akulah hamba, yang berbekal dosa, penuh dan sejat,
Dan angan-angan telah menghalangiku daripada bertaubat..
أنا العبد الذي أضحى حزيناً على زلاته قلقاً كئيبا
Akulah hamba, yang sedang dilanda kesedihan,
Duka, bimbang, atas segala dosa ku lakukan…
أنا العبد الذي سطرت عليه صحائف لم يخف فيها الرقيبا
Akulah hamba, yang lembaran amalannya,
Selama ini dihitami, tanpa gentar pada pengawasanNya…
أنا العبد المسيء عصيت سراً فمالي الآن لا أبدي النحيبا
Akulah hamba, bernoda, lakukan dosa, ketika bersendirian,
Hinggakan hatiku kotor , tak mampu lagi berintihan…
أنا العبد المفرط ضاع عمري فلم أرع الشبيبة والمشيبا
Akulah hamba, yang telah melampau, lenyap telah umurku,
Ku tidak menjaga masa muda dan tuaku…
أنا العبد الغريق بلج بحرٍ أصيح لربما ألقى مجيبا
Akulah hamba, yang lemas dalam lautan bergelora,
Bertempikan suaranya, dikira ada yang mahu menyahutnya…
أنا العبد السقيم من الخطايا وقد أقبلت ألتمس الطبيبا
Akulah hamba, yang gering dek virus dosa,
Dan kini ku cari siapakah empunya penawarnya..
أنا العبد الشريد ظلمت نفسي وقد وافيت بابكم منيبا
Akulah hamba, yang telah sesat, zalimi dirinya,
Dan kini ku kembali mengetuk pintuMu… ku mohon terima….
Syeikh Mishari Rashid Alafasy- Ana Al Abdu (Akulah Hamba)
Selain Syeikh Saad Al Ghamidy, Syeikh Mishari Rashid Alafasy pun salah seorang Qari/Imam yang sangat sedap sekali bacaan AlQurannya.
Moga kita sama-sama beroleh manafaat di Bulan Ramadhan ni.
Sumber:Laman Blog Qafmimra
1 comments:
Mila, Selamat berpuasa to you and family. How's that little girl of yours? harap2 semuanya sihat2 belaka.... :)) u take care ya..
Post a Comment