Monday, August 23, 2010

Traffic Light Mesra Pengguna

google

Sudah setahun kami bermastautin di Kemaman ni. One of the best feature bagi saya di bandar Kemaman ni (selain lampu-lampu yang cantik di waktu malam dan bonsai-bonsai landskap yang menawan) adalah TRAFFIC LIGHT nya.

Ok, macam poyo je puji traffic light ekk..hehe. Tapi memang betul, memang semua traffic Light di Kemaman ni sangat MESRA PENGGUNA.

Ciri-ciri mesra pengguna yang saya katakan;
1- Lampu Hijau akan berkelip-kelip beberapa kali sebelum bertukar kuning (so, sesaper yang tengah memecut tahu kereta masih sempat nak menyeberang)
2-lampu kuning yang tak lah serta merta bertukar Merah (maybe takes 3-5 seconds juga)- sama dengan reasons di atas
3-Detector, pada masa bukan peak hour, lampu hijau tak menyala di lorong yang tiada kenderaan.

Kalau tak silap saya cuma satu je Traffic Light bernombor di Kemaman ni iaitu yang berada di tengah-tengah bandar tu, tapi Traffic Light lain semua ada features kat atas ni.. best kan? tempat lain ada jugak macam ni itu tidak dinafikan, tapi tak semua la kan.

Bagi saya features ni amat berguna terutama untuk pemandu wanita...kadang-kadang kalau orang yang dah biasa lalu satu-satu jalan tu, dia boleh tahu sempat ke tak nak menyeberang, pecut bagai nak rak..tapi driver kat depan semput (sebab takut tak sempat...padahal sempat). jadi dengan adanya kelip-kelip lampu hijau tu boleh la bajet. Selain itu, saya rasa features ini juga dapat meningkatkan keselamatan di jalanraya (refer kepada orang yang suka bajet sempat je bila langgar lampu kuning).

Sekian, sila lah melawat Terengganu.. Best !! ^^
(entry frust tak dapat join Pertandingan blog untuk pelancongan Negeri Terengganu)

4 comments:

mak encik | SZ said...

hehehe..
saya suka jalan2 tganu!
yeayyyy

transformed housewife said...

lama dah tak ke Teregganu walaupun dekat je dgn Kelate.

CatlinaFly said...

selalu lalu terenganu belah besut tu bila balik kelate..:)

sy link ur blog k..

mila.ibunajihah said...

sz- ni pelancong tegar ke terengganu ke ni? hehe

kak nur- kena at least jejak Besut tu..hehe

Catlina-Kg. hubby saya kat Besut, saya selalu lalu takat Kota Bharu je utk jijak kaki ke Kelantan..hehe.

Thanks, saya pun da link blog awak =)

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.