Saturday, April 9, 2011

Uri di bawah, bahaya ke?

Risau..memang risau sangat.. rasa macam tak boleh tidor bila doc cakap I'm having Placenta Previa Type III (Uri menutupi bukaan rahim )

24 Mac 2011 - went for 4D scan di Paka, eksaited sangat harap boleh nampak muka baby..tapi kecewa sebab baby sangat lah aktif, kejap2 dia paling or tutup muka tak nak bagi nampak. Masa ni I'm already 21 Weeks. namun begitu (skemanyer)...gender nampak..hehe..it's not a surprise anymore.

Tapi bila doc mention yg Uri/placenta berada di bawah...type 3 plak tu, kami jadi agak risau. Balik tu terus surf dalam internet, and this is the scariest info that i had found

placenta Previa boleh menyebabkan: Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.

Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung (Sumber)

Daripada apa yang saya tahu, biasanya kalau confirm uri tidak berubah kedudukan, ibu akan ditahan di dalam wad seawal mungkin sebagai langkah berjaga-jaga sebab pendarahan tu sangat bahaya. Masa bersalin najiha dulu ada sorang akak tu dalam wad juga dah sebulan duduk wad sebab uri di bawah..sebulan!! aduh..risaunyer..since both of our family jauh (especially mine kan dekat sabah) any critical condition yang mengejut tu memang boleh menambahkan my panic. Ya Allah, memang berdoa je mohon kepada Allah moga dipermudahkan
 
26 Mac 2011- Rasa tak puas hati dengan explanation doc yang sebelum ni pasal placenta previa  (sebab doc tu sangat focus utk dapat best shot for the 4d scan), kami pun pergilah to our  family clinic pula, Dr.Wan scan dan explain that before 28 weeks it's not called placenta previa yet,  cuma low lying placenta dan possibility untuk uri berubah kedudukan masih ada.
Bila Dr.Wan scan she shows us that uri tu dah bergerak dah pun!..Alhamduliilah.by the time kami scan tu, cuma tinggal 'ekor' uri tu je yang ada kat bawah, yang lain-lain semua dah mula ke atas. Subhanallah..dalam tempoh 2 hari kerisauan itu mula hilang.
 
So, precaution for me..no angkat-angkat benda berat, kerja berat overload or whatsoever.
kepada ibu-ibu yang ada experienced Placenta Previa, please do share here.

16 comments:

aNiM said...

salam,

saya ada pengalaman placenta previa type II to III.

saya mula kena tahan wad masa kandungan 7 bulan.berkampungla kat Hospital Sultan Ismail JB sampai 36weeks.lama kan?admitted 22 april 2008.ceaser 11 jun 2008.2 bulan.sangat bosan.sangat takut juga.

saya admitted sebab pendarahan.dah standby nak ceaser tapi stop bleeding.xjadi operate.so,duduk diam2 kat wad tu.

nak dijadikan cerita masa kandungan 8 bulan,saya keluar dari toilet tetiba darah keluar dengan banyaknya.nasib baik nurse depan mata.saya memang takut.cuma doa baby tak pape.memang masa bleeding tu x rasa pape.x rasa sakit.

kena puasa.standby utk operate lagi.lepas tu x jadi sbb stop bleeding.doc nak srh baby matang dulu.tunggu lagi.

last sekali 10jun saya nmpk ada sedikit bleeding.masa tu dh 36weeks.doc ckp kna operate juga 11jun esoknya.

Alhamdulillah.semua selamat.bby boy.sihat.comel.dah besar pun.cuma, nasihat saya, kalau uri kt bawah memang kena jadi permaisuri kot.xboleh buat pape.dok diam2 je.

bayangkan,saya bukan buat apa2 pun kt hospital.pun boleh bleeding.apapun doa byk2.

masa 2nd bby pun kandungan usia 5 bulan,doc ckp ada sikit uri kt bwh.sy terus duk rumah mak.saya makan Salindah.Alahamdulillah.saya dpt bersalin normal bila tiba masanya.

panjang pulak saya komen.hehe.semoga selamat semuanya ye.amiin.kalau ada nk tanya pape,jgn malu atau segan jengah blog saya ye.

http://mrsmaza.blogspot.com
http://luvnabilndamia.blogspot.com

tq:)

mila.ibunajihah said...

waalaikumsalam,

anim,
trima aksih banyak atas perkongsian pengalaman tu. much appreciated :)

irl-lis said...

jg diri ye Mila. We'll pray for you dear. banyakkan doa & jgn terlalu risau ya...

;)

Confession of a Coffeeholic Momma said...

take care tau.

Bitt (double IS) said...

kena banyak berehat bila dah cenggitu ;)

mila.ibunajihah said...

irl lis, mama miya & Bitt - Thanks a lot my dear friends..terharu rasanya..

Mek Rose said...

salam,
sy penah alami PP stage II masa ngandung rafiq
alhamdulillahmasa minggu ke 37 naik sepenuhnya

sy amalkan baca salawat n sambil urut dari bawah perut ke atas..kwn sy yg kasi petua tu...

mmg risau..tapi alhamdulillah takde bleeding. cuma kene stop drive masa kandungan 6 bulan lebih sampai rosak kereta..sbb lama tak guna.

harap uri tu naik balik..insyaAllah..minta dipermudahkan..

Anonymous said...

Salam...wife saya mengalami ujian ALLAH yang sama..PP tahap III. Dr. Dah sahkan kandungan dah masuk 36 minggu tetapi placenta masih dibawah
Sepatutnya operate pada 1 Ogos 2011 di An-Nur Bangi, tetapi bila check kali terakhir pada 23 Julai...Plasenta dah naik 3 cm. Dr. kata jika naik 5 cm keatas InsyaAllah tak perlu operation.
Mungkin sekadar berkongsi Amalan dan ikhtiar
i) Wife saya banyak-banyak berdoa dan solat hajat setiap malam dari minggu ke 20 hingga kandungan dilahirkan
ii) Setiap malam, 2 minggu sebelum operate saya sapukan minyak kelapa dara kat perut wife...doa, selawat dan lakukan sentuhan seperti 'tawaf 7x' atas perut ibu...mengelilingi pusat.

Alhadmulillah...bila check Dr sekali lagi pada 4 Ogos, placenta dah naik 5.4 cm.
Akhirnnya isteri saya bersalin pada 12 Ogos 2011..SubhhanaAllah...'Baby n mama sihat'

Terima kasih Dr. Khamsiah...Semoga Allah memberkati kehidupan Dr. Sekeluarga. Amin
Luv u Mama...

Anonymous said...

sy pun mempunyai masalah uri dibawah tahap ke 3,bulan sy akan di masukan ke wad sehingga la sy bsalin..skrg ni sy masih lg berkerja n drive sendiri agak2 bahaya x..kandungan sy skrg 30w..

suria senin said...

Saya br dpt tahu dr doktor uri stage 3.saya hanya mampu berdoa agar uri nie naik.kandungan saya dah 32 minggu.blh ker naik lg

Anonymous said...

sy br masuk wad harini.pp type 2. hope uri cpt naik atas. before ni mmg sgt lasak.kerjaya sbg seorg guru memerlukn sy sentiasa berdiri n dirumah mmg slalu buat kerja berat coz sy jnis cpt bosan dgn susunn perabot dlm rumah.hehe.so menolak sofa.menolak katil.mcm2 lg. hope bila dpt rest di hosp uri tu xsegan nk naik atas.kalo dok rumah sure sy xleh duduk diam

Anonymous said...

Salam..

isteri saya baru 23 minggu..Doktor ckp perot isteri kecil dan uri mmg berada dibawah. Tp bila baca apa yg ditulis diblog ni dan beberapa blog2 yg lain, sy rasa agak lega kerana sebelum 28minggu belum lg dipanggil PP kn..Maknanya harapan tu masih lg tinggi..terima kasih di atas perkongsian dan juga pengalaman drp anda semua..Doakan juga agar isteri dan anak saya selamat.Terima kasih.

yani said...

salam, saya sekarang preggy 34weeks, uri kat bawah type I, harap sangat dapat bersalin normal. Bila google & check2 ramai lagi yang lebih teruk kes uri kat bawah ni rupanya. Harap sangat dapat bersalin normal, kalau kena ceaser pun doakanlah semua selamat.

Anonymous said...

saya 29 week. Doc ckp pp type I/II. kena refer hospital. Takot sangat..Harap uri boleh naik for next scan. Doakan saya.

azyan aman said...

Saya pn uri kt bwh..30weeks..32weeks kn refer pakar..doakan saya selamat semua..

azyan aman said...

Saya pn uri kt bwh..30weeks..32weeks kn refer pakar..doakan saya selamat semua..

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.