Sunday, August 1, 2010

Tanda-tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Anak Kedua

1-Rindu nak dukung baby atau mendengar suara baby

Ada orang kata, dukung dan peluk bayi kecil ni adalah satu terapi, Kita akan rasa tenang, belum lagi cium bau baby yang wangi dan sweet tu..sayu je rasa dalam hati. Rasa nak dekat je dengan baby dengar suara-suara baby kecil tu bersembang. Bila dukung baby orang, mula lah rasa rindu nak dukung baby sendiri pulak

2-Jarak umur antara anak

Jarak umur disini maksudnya adalah mengikut perancangan anda sendiri, ada orang kata gap umur anak yang terbaik adalah 2 tahun, ada pula 3 tahun, ada yang tak rancang..berserah pada rezeki. Tempoh rehat lebih kurang 2 tahun adalah tempoh yang diperlukan untuk rahim wanita sihat sepenuhnya dan mampu bekerja semula bagi menampung kandungan yang baru .

3-Anak dah pandai bahasakan diri jadi kakak

Bila tengok anak kita main sorang-sorang, rasa kesian la pulak..kita tak boleh nak entertain sepanjang masa. Ada masanya kita terpaksa biarkan DVD atau buku-buku menjadi teman anak kita sebab ada kerja yang perlu diselesaikan..mungkin dah sampai masa kita bagi dia teman..hehehe...(^0^). Anak tu pun nampaknya dah bersedia untuk menjadi kakak, sebab bila kita tanya ‘which one is kakak ?” tangannya di bawa ke dada sendiri sambil kata ‘kakak’ hehe..

4-Kewangan yang semakin stabil

Yang ini terpulang pada pemahaman dan cara hidup masing-masing , tapi maksudnya, bila dikira congak, tambah, tolak dan darab berkali-kali, kita tahu kita mampu nak beri yang terbaik setakat kemampuan kita kepada anak-anak.

5-Matlamat yang belum tercapai

Semangat semakin berkobar-kobar bila baca maklumat mengenai penyususan susu ibu. Masa anak pertama matlamat untuk menyusukan anak hingga umur 2 tahun tak tercapai, namun untuk persediaan kehamilan kedua anda dah kenalpasti apa masalah-masalah yang menghalang anda sebelum ini dan anda rasa lebih bersedia dan tak sabar rasanya nak perbaiki kesilapan lama itu.

Kesimpulan:

Terdapat berbagai lagi tanda-tanda mahupun consideration/pertimbangan berhubung isu menambah bilangan ahli keluarga ni, contohnya umur ibu itu sendiri, semakin meningkat usia semakin tinggi risiko-risiko kesihatan ketika mengandung. Kerjaya ibu yang semakin berkembang juga mungkin akan menjadi isu disini (kandungan baru mungkin menimbulkan sedikit masalah dalam peningkatan kerjaya mengikut apa bidang kerja ibu tersebut).

Walauapapun, anak atau zuriat adalah anugerah,amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH. Suami Isteri patut bersyukur dan menerima anak-anak yang diberikan seadanya dan memenuhi hak anak-anak tersebut. Ada orang kata anak ramai 7-8 orang seronok..meriah..Tapi di zaman serba maju ni, zaman langit terbuka.. cabaran untuk membesarkan anak yang ramai memang hebat, ada yang hanya sanggup memiliki 4-5 orang anak. Apa pandangan anda??

p/s 01: do try this cute quiz (are you ready for a a second child)
p/s 02: This is all just my 2 cent

3 comments:

transformed housewife said...

knur skrg belum terfikir utk anak no. 3. tapi kdg2 rindu juga nak dukung baby dan main dgn baby. anak kedua dah 3 thn tapi bhskan diri sendiri "adik'- mcm tak nak ada adik je.

mak encik | SZ said...

tanda lain mungkin bila anak plg kecik tu dah takmo digomol2 cium2..dah pandai melarikan diri..hehehe
tak pun dah bercakap sorang2..kawan ngan semut la, kucing la... :)

Lynn Nasir said...

alaaa...nak kena tunggu tanda ke? me takde tanda apa pun, setahun 3 bulan selepas anak pertama..anak kedua pun lahir..hohoho!

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.