Saturday, September 11, 2010

mercun dan hari raya

Salam to all,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin,
Moga Hari Raya kita diberkati Allah hendaknya.

Mercun/bunga api dan hari raya agak sinonim

Bila musim  raya...mak bapak fikir pasal baju anak, balik kampung, biskut raya, tukar duit raya..macam-macam
tapi lazimnya dalam fikiran anak-anak walaupun tak semua adalah duit raya dan MERCUN/ Bunga api

ada orang kata...

bakar mercun..bakar duit
tapi,tak bakar mercun...raya tak meriah

zaman saya kanak-kanak dulu, dapat bunga api pun dah rasa seronok dah..
tapi zaman ni, kalau tak bunyi berdentum..kebaboom! tak meriah!
siap ada keluar bunga api macam masa merdeka tu..berapa harga satu benda ni???
zaman ni pun makin banyak kes kanak-kanak putus jari, buta sebelah mata la..macam-macam gara-gara mercun (tapi saya rasa tahun ni kes kurang, yeke? ke sebab kes buang anak lebih mendominasi ??)

Hakikatnya,
apabila kita merasa kemeriahan suasana raya sambil mendengar bunyi mercun bersahut-sahutan dari kampung sebelah lawan kampung sebelah

Saudara kita di Palestin merasai derita..bunyi mercun yang dah macam tahap bom bunyinya tu kalau di tempat mereka mungkin mengundang debaran...MAYAT SIAPA LAGI YANG AKAN KAMI JUMPA ESOK???

Fikirkanlah..
Sambil beraya janganlah kita lupa untuk mengambil pengajaran.
Ya Allah, semoga Engkau memberi kejayaan dan kemenangan buat semua umat Islam di muka bumi ini dan Janganlah maruah Islam dipijak-pijak lagi.Ya Allah, hanya Engkau yang lebih mengetahui ke atas sesuatu, Engkau ampunilah dosa kami hambamu yang lemah ini.Amin.

2 comments:

sz | m.s.s said...

betulla tu mila ...
kita bersorak sakan gembira tgk bunga api / mercun di bakar kan...nmpk cantik sangatttt...tp hakikatnya saudara kita nun jauh di sana dalam ketakutan....huhuhuhu

Miss Q said...

tak suka mercun. bunyi menakutkan. kalo jenis mercun yg naik langit dan banyak2 kaler tuh best.. cantek aje..

~ Bacelah kisah mak salah beli ape!! Haihh

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.