Tuesday, October 12, 2010

Boleh Ke Kita Latih Anak Kita Untuk Jadi Doktor ke..Engineer ke..Boleh ke?

Salam all mommies,

Panjang tak panjang tajuk hari ni memang saja nak pening-pening lalat.

Persoalannya, mustahil ke Tak mustahil untuk didik atau train anak kita untuk menjadi apa yang kita nak?? of course la kita nak anak yang Beriman, beramal soleh, taat, bijak dan berbudi pekerti...tapi ini dari segi kerja dalam bidang Professional.

Untuk mendidik anak menjadi seorang businessman ini sudah kerap kita dengar/baca...ramai jutawan diluar sana yang menyambung legasi perniagaan keluarga ataupun sekurang-kurangnya celik bisnes sejak kecil hasil didikan secara tak formal.

Saya nak kongsikan satu cerita yang saya dengar sendiri dari mulut seseorang yang dah tahap Ir. dalam  bidang Engineering. Mohon maaf, saya tak ingat nama dia, tapi my hubby agak maybe bekas Pengarah di UiTM Jengka tempat saya belajar dulu.

Beliau mempunyai 2 orang anak perempuan (seingat saya,maaf lagi), beliau dah target...beliau nak anak beliau seorang jadi Surgeon (Pakar Bedah) dan seorang jadi Engineer macam beliau. Beliau ni seorang yang jenis bercita-cita tinggi dan tekad dalam keputusannya, beliau seorang yang tak cerah sangat..so dah tekad nak carik isteri yang kulit cerah-berjaya (ok...ni dah ke laut ceritanya).

Apa yang beliau buat, beliau telah train anak yang nak dijadikan surgeon supaya pandai menjahit, that child mesti pandai menjahit dengan kemas dan teliti, inikan kriteria pakar bedah juga. Setiap minggu pula, beliau suruh anak tu untuk buat research pasal penyakit-penyakit baru, ubat-ubat baru..maksudnya new medical discovery la. Secara tak langsung anak ni jadi biasa dengan medical terms dan mungkin dah minat bidang medical. Kalau tak silap memang pursue study dalam bidang medical.

Anak yang satu lagi yang nak dijadikan engineer, beliau biasakan dengan buku-buku engineering dan beliau selalu bawak jalan-jalan tengok bangunan, apalagi bangunan yang beliau sendiri bina..he's an Engineer kan..

Kesimpulannya di sini, minat tu kita memang boleh tanam dalam jiwa anak kita. Kemahiran pun kita boleh bekalkan based on perancangan kita.

Pada saya (dan mungkin pada most parents) kita kalau boleh tak nak la force anak kita untuk jadi doktor ke,engineer ke..sedangkan mungkin minatnya pada marine life ke, kaji tanah ke. Tapi in this Prof Ir. case, saya rasa dia cuma usaha sedaya yang dia mampu, but he's lucky that memang didikan beliau tu anak dia boleh terima. So persoalan dah terjawab...semua ini tak Mustahil, yang penting sebagai ibu bapa kita kena istiqamah dan berdoa selalu.

Macam kes Cik.najihah, she loves animal so much, she even got a children ensyclopedia pasal animals (just untuk tengok gambar and sometimes jadi modal bedtimestory). So ni ada harapan jadi zoologist ke? Doc Vet? ntahla.. I'll just go along, sebab minat dia mungkin berubah juga. Bila dia da besar sikit baru boleh  nampak her real directions.kan?

Imej En.google

p/s: sorry sebab tak provide sumber cerita yang proper, ceramah tu dah lama..dalam 10 years ago jugak..huhu...lupa sudah

12 comments:

sz | m.s.s said...

saya rasa boleh! anak2 kita sekarang ni belajar melalui persekitaran ... kita takdelah nak "paksa" tapi kalo dari kecik lagi dah didedahkan dgn perkara2 yg berkaitan lama2 mmg akan pupuk minat budak tu...

Nur Misnan said...

salam mama
insyaAllah...
- doa
- bimbingan
- latihan
- kesungguhan
- harapan
- support pada anak..

CatlinaFly said...

cita2 sy jadi cikgu...pastu amik doktor veterinar pastu hampir2 jadi cikgu balik....pastu last2 jodoh sy dgn veterinar juge....

sejak sy belum lahir family dah bela kucing...masa dah besar sikit sy suka bela kucing, bg mkn kucing dan bela hamster....dah ade aura kat situ kot :)...tapi keje skrg more to ternakan :)

Drama Mama said...

ohh boleh rupanya ya! nak try didik irfan jugak lah...tapi nak pikir dulu i nak dia jadi apa besar nanti. hiks

http://twinkywinkystars.blogspot.com

transformed housewife said...

insya allah. kalau kita tanamkan minat, anak2 akan terdorong juga. cuma pilihan terakhir biar anak2 yg buat. kalau paksa susah juga anak2 nanti.

Just Call Me Bitt said...

oic...tak pe la at least u teringat jugak nak share pasal story tu hehe..i agree dengan org itu, tapi tu la bila kite focus anak nak jadi ape kite jgn keliru plak, plus kena bimbng sampai habis, jgn separuh jalan plus berserah dan bertawakal kepadaNYA, insyallah kan

shi3la said...

Tq for sharing..tapi memang betul kut boleh pupuk rase minat dari kecik..kiter pupuk jerk pilihan ditangan mereka,janji jgn paksa sudahh...

anak-anak skang terkadang lebih bijak dari kiter la plak..anak haku tuh satu haku ajar sepuluh diyer ajar haku balik..budak bertuah...!!

Lynn Nasir said...

salam mila,

boleh aje kalau nak train anak utk jd apa..tp kalau saya, sure saya nak anak2 yg multi-talents. so dah beso nnti taklah stuck pd 1 ability aje. wallahualam..

Mommy Lyna said...

kalo ikut sejarah dulu2 ibu bapa dari kecik dah pupuk minat anak2 & memang nak anak dia jadi camtu camni. contohnya mak imam syafie mahukan anaknya jadi ulama, dari kecik lagi dia dah train anak dia, hantar ke guru agama, malah masa syafie umur 2 tahun mak dia bawa dia ke Mekah supaya dpt belajar Arabic & agama kat situ. tak ada pun anak dia stress & bgtau maknya yg dia nak jadi menda lain.

cumanya sekarang ni terlalu byk elemen luar & kita ibu bapa bekerja, mungkin kurang masa dgn anak2 & sibuk dgn doktrin 'didik masa kecik pun, dah besar taktau dia minat apa', jadi buatkan kita sebenarnya lebih terbuka & tak konsisten dari awal.

mila.ibunajihah said...

suzi - Totally agree with u ;)

mila.ibunajihah said...

Nur misnan- Waalaikumsalam, betul tu, parents yg kena usaha lebih dari mula lagi kan.. ;)

fndrocka said...

Menarik cerita ni..aku tak tahu lak mak bapak aku pupuk aku jdi apa.haha.boleh lah nak memupuk jadi doktor ke..jadi businesman ke..asalkan tak beri tekanan berlebihan kat anak2.

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.