Wednesday, June 30, 2010

Facebook No More

Exactly today 30 Jun 2010, I've deleted my facebook account.
Suddenly I have the guts to do so.

I've read Pn.Lynn's post regarding deleting her fb account, at that time I do thinks that she got a point there. but i still felt bad of leaving my virtual life in FB.

But, my conversation with my hubby this morning makes me firmly decide that i can still live a life without FB.

yippee..

Picca taken from here, you have to read this guy post..

Tuesday, June 29, 2010

Cloth Pad and Me!

Its been weeks since I received this parcel
What’s inside??


This is what’s inside, my very own cloth pad – trial package bought from my friend’s first online shop.


What’s so special about it? Its cloth of course and it’s handmade with love..ecehh..


This is my first time using cloth pad so that means I had never tried other brands of cloth pad

but..but..that is absolutely not an issue, what matter is the benefits of cloth pad and comparing it to disposable pad or panty liner. Right?

Pn.Lynn had kindly include special price trial package for emm...let say skeptical women ( like me..ho..ho..ho..but not skeptical about Pn.Lynn's homemade pad haa..its about the cloth pad itself..no matter what brand ). This package includes 2 Panty Liner,1 Light Flow,1 Regular Flow,1 Heavy Flow and 1 night time cloth pad that I had won..yippee..)

Ok, just go to her blog shop to find out more about pricing and the benefits of wearing a cloth pad.

As for me, a handmade cloth pad is still worth the money. You see, you may choose the color and pattern that you like and the quality for me is satisfaction guarantee, it's saving the environment plus saving our future too.

It’s fun to use thing that in past days the motto is ‘use,wash and throw’ and now is ‘use,wash and use again!’ Hehe..good one.

Yes, I’m not skeptical anymore about the ability of cloth pad comparing to whatever brand of dispo pad, mak-mak kita Zaman dulu pun guna kain aper... Thanks Lynn.

Updated:

This is my cloth pad on the go..♥♥♥♥♥♥

Monday, June 21, 2010

I'm back!

ye, saya akan bergiat aktif semula.sudah lama bercuti ye..
atas permintaan ramai, nota cinta episod 3 akan bersiaran dari sini.

Tapi..tapi..bagi saya ending nyer kuranng ummphh laa..mungkin sebab kekangan masa.
tengok dan nilai la sendiri ye...enjoicee..

Wednesday, June 9, 2010

Nota Cinta Dari mu

Tak Sabar nak tunggu 13 Jun ni

13 Jun memanglah nak balik Kampung..yippee..

tapi 13 Jun yang ni adalah untuk episod 3 Nota Cinta Coffee mate

Filem pendek Nota Cinta ni memang boleh buat mengalir airmata.
Kepada suami Isteri yang sentiasa mencuba untuk menyemarakkan cinta dalam rumahtangga, kena tengok 2 episod out of 3 ni.

Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.. jangan silap, peribahasa ni bukan hanya digunakan masa nak mengorat sebab ngorat-ngorat tak dapat.Perkahwinan pun mungkin akan berdepan kesulitan andai sebelah pihak saja yang berusaha untuk menyemarakkan rasa cinta.

Sila la menonton 2 episod pendek yang sangat romantik ini

EPISOD 1



EPISOD 2

Monday, June 7, 2010

imagine

Tengah cari mood untuk buat entry.. penyakit 'M' x5 tengah mengganas ni..tapi idea tengah banyak..(^o^)

pernah dengar lagu imagine by Glee cast dengan Deaf student ni?
During this episode, Glee nyanyi lagu 'Crazy In love' dan menari gila-gila depan deaf student ni siap yang lelaki pakai wig supaya nampak tarian yang gila and sexy. When it comes to this deaf student punya turn, they sang this song...woo..such an impact!

Please do listen to it, (Okay, sensitive mood)

Tuesday, June 1, 2010

Sibuk sangat lah kononnye...

Salam All Mommies,

Harap semua sihat-sihat hendaknya, memang saya agak sibuk lately. Pagi cuma sempat baca entry-entry terkini kawan-kawan..baca saja, nak komen tak sempat, minta maaf.

Walaupun begitu, saya tinggalkan kawan-kawan pembaca blog ku (eh..eh..ada ke??) dengan nasihat-nasihat ini, courtesy of Dato' Dr.Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah.. our favourite motivator.


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;

•Sebelum tidur

•Semasa tidur

•Selepas tidur

•Selepas riadah

•Selepas solat

•Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

♥♥♥SHARING IS CARING♥♥♥
Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My Photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.