Thursday, July 8, 2010

BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010

Dulu-dulu masa dengar pasal Banci ni, saya tak ambil port pun. Yelah, masa tu masih lagi bergelumang dengan buku-buku atau masih lagi bermain-main dengan kawan membiarkan mak dan ayah yang urus apa-apa yang patut.

Tapi sekarang ni bila dengar pasal BANCI ni terus rasa curious..macam mana la tu prosedurnya??
Kalau dengar dalam radio atau dalam surat khabar memang banyak menguar-uarkan pasal Banci dan ada juga mention pasal e-census, maksudnya menjawab bancian secara online.

Saya pun dengan rasa tanggungjawab semangatnya mencari laman web JPM untuk membuka e-census, JPM di sini merujuk kepada JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA ye kawan-kawan bukan Jabatan Perdana Menteri...sigh..

laman web e-census yang dimaksudkan adalah seperti ini

Oleh kerana bekerja, saya merasakan bancian secara online adalah yang paling tepat untuk saya.
Turns out, saya masih memerlukan butir-butir pengenalan yang akan diberikan oleh Pembanci yang akan menyinggah di rumah saya nanti.

                                    

Maka kenalah tunggu ye.

Ini adalah sedikit maklumat mengenai BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah merupakan satu projek pembancian yang dijalankan di semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara Malaysia pada tahun 2010. Ia adalah projek banci kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci telah mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.


Terdahulu, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci Penduduk dan Perumahan 2010 dilaksanakan bermula pada 6 Julai 2010 dan berakhir pada 22 Ogos 2010. Bancian yang dibuat setiap 10 tahun pada kali ini adalah penting kerana ia merupakan bancian terakhir sebelum tahun 2020. Ia juga bagi membolehkan kerajaan Malaysia mengumpulkan data dan maklumat untuk menjurus kepada Wawasan 2020 yang bermatlamat menjadikan Malaysia negara maju.

Dapatan dan pengumpulan data semasa Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 akan membekalkan maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk di Malaysia. Segala maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan Malaysia dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain untuk tujuan pembangunan negara demi kemaslihatan rakyat dan penduk Malaysia pada masa hadapan.

Terdapat  2 cara pengumpulan data yang dijalankan.
i- Temu ramah bersemuka oleh pembanci dan penghuni kediaman: 
ii-Pengisian sendiri
       ii(a)-Drop-off and pick-up (DOPU)
       ii(b)-e-Census

(Maklumat lanjut daripada wikipedia)

Kepada mana-mana mommy yang sudah dibanci, harap boleh share pengalaman disini ^_^

3 comments:

Lynn Nasir said...

Oh..banci ni dulu saya pernah terlibat secara langsung. Nope, not as the banci-er :ppp

Tp sbg penduduk yg kena banci. My parents keje, so saya yg ada kat umah ngan adik. Best gak le pengalaman tu..hmm..

mila.ibunajihah said...

oo..baguslah Lynn,saya ni dah la duk asrama, konfom tak pernah menghadapi pegawai Banci..hehe. dia mesti nak masuk umah ke? or dekat pagar pun da cukup? risaulah pulak if my hubby is not around time tu,

miss nina said...

saya yang selalu tiada di umah ni macam mana ye?
minta dia banci melalui jiran, bolehkah?
~hehehe

Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.