Thursday, October 28, 2010

Bencinyerr...

Benci sebab da lama tak update blog

Benci sebab tengah rajin jawab komen...taip baeeek punya panjang..tiba2 internet disconnnected !!

Bencinya ..da lama tak outstation yg panjang..tiba kena2 gi one whole week punya kursus..leaving my Cik.Najihah and abe cayang..huhu..

Bencinya kadang tak sempat pun nak taip komen kat kawan2..tapi i mesti singgah every morning for new entries..limited time 30 minit

Oh masa...tak dapat ku mendahuluimu di kala ini..

ok..after november..InsyaAllah akan buat posting lagi..sooo many to tell...

P/s: ujung minggu ni mau rembat satu digital camera la...okay kawan-kawan sila gelakkan saya kerana masih bergantung kepada kamera HP cikai ku ..uhukss...*blushing*

Tuesday, October 12, 2010

Boleh Ke Kita Latih Anak Kita Untuk Jadi Doktor ke..Engineer ke..Boleh ke?

Salam all mommies,

Panjang tak panjang tajuk hari ni memang saja nak pening-pening lalat.

Persoalannya, mustahil ke Tak mustahil untuk didik atau train anak kita untuk menjadi apa yang kita nak?? of course la kita nak anak yang Beriman, beramal soleh, taat, bijak dan berbudi pekerti...tapi ini dari segi kerja dalam bidang Professional.

Untuk mendidik anak menjadi seorang businessman ini sudah kerap kita dengar/baca...ramai jutawan diluar sana yang menyambung legasi perniagaan keluarga ataupun sekurang-kurangnya celik bisnes sejak kecil hasil didikan secara tak formal.

Saya nak kongsikan satu cerita yang saya dengar sendiri dari mulut seseorang yang dah tahap Ir. dalam  bidang Engineering. Mohon maaf, saya tak ingat nama dia, tapi my hubby agak maybe bekas Pengarah di UiTM Jengka tempat saya belajar dulu.

Beliau mempunyai 2 orang anak perempuan (seingat saya,maaf lagi), beliau dah target...beliau nak anak beliau seorang jadi Surgeon (Pakar Bedah) dan seorang jadi Engineer macam beliau. Beliau ni seorang yang jenis bercita-cita tinggi dan tekad dalam keputusannya, beliau seorang yang tak cerah sangat..so dah tekad nak carik isteri yang kulit cerah-berjaya (ok...ni dah ke laut ceritanya).

Apa yang beliau buat, beliau telah train anak yang nak dijadikan surgeon supaya pandai menjahit, that child mesti pandai menjahit dengan kemas dan teliti, inikan kriteria pakar bedah juga. Setiap minggu pula, beliau suruh anak tu untuk buat research pasal penyakit-penyakit baru, ubat-ubat baru..maksudnya new medical discovery la. Secara tak langsung anak ni jadi biasa dengan medical terms dan mungkin dah minat bidang medical. Kalau tak silap memang pursue study dalam bidang medical.

Anak yang satu lagi yang nak dijadikan engineer, beliau biasakan dengan buku-buku engineering dan beliau selalu bawak jalan-jalan tengok bangunan, apalagi bangunan yang beliau sendiri bina..he's an Engineer kan..

Kesimpulannya di sini, minat tu kita memang boleh tanam dalam jiwa anak kita. Kemahiran pun kita boleh bekalkan based on perancangan kita.

Pada saya (dan mungkin pada most parents) kita kalau boleh tak nak la force anak kita untuk jadi doktor ke,engineer ke..sedangkan mungkin minatnya pada marine life ke, kaji tanah ke. Tapi in this Prof Ir. case, saya rasa dia cuma usaha sedaya yang dia mampu, but he's lucky that memang didikan beliau tu anak dia boleh terima. So persoalan dah terjawab...semua ini tak Mustahil, yang penting sebagai ibu bapa kita kena istiqamah dan berdoa selalu.

Macam kes Cik.najihah, she loves animal so much, she even got a children ensyclopedia pasal animals (just untuk tengok gambar and sometimes jadi modal bedtimestory). So ni ada harapan jadi zoologist ke? Doc Vet? ntahla.. I'll just go along, sebab minat dia mungkin berubah juga. Bila dia da besar sikit baru boleh  nampak her real directions.kan?

Imej En.google

p/s: sorry sebab tak provide sumber cerita yang proper, ceramah tu dah lama..dalam 10 years ago jugak..huhu...lupa sudah

Saturday, October 9, 2010

Kisah Kami di Tol Temerloh

Alkisahnya baru-baru ni kami ke KL untuk tugasan rasmi, sambil melawat sedara mara dan my SIL yang baru bersalin . Semasa bertolak, duit dalam wallet memang ada, tapi tak la lebat...sebab tak ambil duit lagi..hehe.

Nak dijadikan cerita, kami gerak dalam pukul 6 petang. My hubby plan nak ambik duit, tapi saya dah divert kan perjalanan tu pi beli susu najihah dulu, sebab da nak habis, leceh pula kalau habis malam. Since tempat susu dijual dah laluan lain daripada laluan ke bank, my hubby kata ambil duit kat ATM kat stesyen minyak je lah.

Ok, duit dalam wallet ku ada dalam RM70, susu najihah RM54.90- Isomil kan..uhuks. Bila singgah kat stesyen minyak chendor tu, ATM tadak, tapi bukan main lagi beli air tin,cikedis bagai..ala-ala macam nak piknik pula. Bila singgah kat Stesyen minyak yang kat Cherating pun sama, tadak ATM! so kami decide untuk masuk juga highway sebab expect kat R&R Temerloh or Gambang ada ATM.

Cut the story short, dua-dua R&R dan stesyen minyaknya tak ada ATM..so how? bila kira balance duit kami berdua ada dalam RM12  (da campur syiling..uhuks..) je.. panik sudah datang.


imej yang digoogle


Kami decide untuk masuk Tol Temerloh dan carik ATM kat pekan Temerloh...dengan doa dalam hati moga-moga tol lebih kurang Rm12 jek.. kami pun masuk, tol ni jenis tak lenggang sangat jugak, sebab kejap je ada 1-2 kereta belakang kami beratur sama.

Bila turn kami sampai, guess how much the toll is..RM15.30!! mana nak cekau lagi RM3.30!! dengan muka merah padam saya cakap kat adik kat kaunter tol tu...'adik,minta maaf.. cash kami tak cukup ni, ingat kan R&R ada ATM, tu yang masuk tol ni nak pi pekan temerloh ambil duit'..

Selepas 'menimbang tara' (adalah dalam 2-3 saat) Adik tol yang cute tu (aii..puji nampak)  pun cakap.. 'Akak, saya lepaskan, tapi datang balik lane ni sebelum kul 10 ye, sebab lane ni nak tutup dah, akak pegi straight, masuk kiri,ada petronas, hah..situ ada ATM'...dia angkat pagar (bukan dia 'angkat'..dia tekan button apa ntah..)...lepaskan kami..
wowww..legaaa..

Bila pi bayar balik hutang tol tu, guard yang jaga dekat pondok tol budak pompuan tu cakap..memang biasa jadi tak cukup cash gini, tapi biasanya  diorang akan minta salinan IC sebagai bukti..humrmm..masa turn kitorang adik cute tu percaya 100% sebab nampak cik.najihah kot..dia sian kat budak.

Peringatan untuk kami!

1- Never masuk Tol tanpa duit cash or topup kad Touch&Go yang secukupnya (sebab mungkin bukan semua orang tol baik cam budak tu..kot ada yang suruh tinggal handfon ke haper..naya je)

2-Tak semua R&R atau stesyen minyak atas highway ada ATM.. (ke kitorang yang da tlepas pandang??)

3- Adik-adik kat Tol Temerloh baik-baik, mesra dan cute =)

4-paling penting...kalau niat perjalanan kita baik..insyaAllah akan dipermudahkan walaupun ada cobaan nya..

Apa pun..it's an adventure yang memberi pengajaran.. yelah..Manusia kan Mudah Lupa.. =)

Friday, October 8, 2010

Bila satu lagi lilin bertambah...

Hari ini, satu lagi lilin bertambah.. Moga Allah memanjangkan umurku, memeliharakan kesihatanku  dan memurahkan lagi rezekiku agar aku mampu berkhidmat untuk suamiku,keluargaku dan mendidik serta membesarkan anakku dengan sebaiknya..amin..


This year will be the sweetest..huhu..


Imej yang di Google

Thursday, October 7, 2010

Tikus Jatuh dalam Gedung Beras 2

Ingat tak posting pasal Najihah dulu Apabila Tikus Jatuh dalam Gedung Beras, sekarang saya dah tukar strategi, untuk menyelamatkan duit daripada beli buku konsep sama je most every time (hard book pasal animals) dan juga menyelamatkan diri daripada menjadi pekerja kedai buku part time sebab duk menyimpan buku yang berterabur...

instead I bring Cik.Najihah here. Jimat, selesa dan Puasss.. sini banyak buku for children, ruang yang selesa, kerusi-kerusi cute dan tak perlu kemas buku yang berterabur..hehe.. apalagi kalau  bukan di..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-Perpustakaan a.k.a  Library


Ini cara Cik.Najihah melakukan aksi 'Peace!'

Kalau kids yang da tahu buku tak boleh koyak, surely dah sesuai untuk dibawa ke library, its fun, dan kalau weekend ada sessi bercerita, hand puppet show and all..memang budak2 suka, kita pun tak lah kalut sangat kan. by the way, ini adalah Perpustakaan Kemaman, Terengganu. Cantik Kan??

Tuesday, October 5, 2010

Hati-Hati Bila beli Candy Untuk Anak Anda

Candy or bahasa kita gula-gula yang manis dan berwarna-warni, kadang ada macam-macam bentuk tu maybe diperbuat daripada Gelatin BAB1.. BABI!

Beware mommies..kat dalam shopping complex tu slalu ada booth tepi-tepi or tengah-tengah yang jual candies,all sorts of nuts and junk food..biasa beli pakai gram or scoope tu..sebab ada yang tidak diketahui tahap ke HALALannya.


All the colours memang easilly attracts children,  



but the fact is, these candies may not be HALAL at all..MasyaAllah.

Sharing Is Caring..
Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My Photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.