Thursday, July 29, 2010

kan dah kata dah..

Berpantang lepas bersalin memanglah seksa (skiit) tapi berpantang bersalin masa musim deroyan lagi sakit..haha..tengok orang lain makan deroyan meleleh air liur.

Seperti yang saya postkan mengenai Durian begitu begini, saya ada cerita bagaimana saya DILARANG untuk makan durian sebab sedang breastfeed anak, kerana dikhuatiri ubun-ubun anak akan merekah/timbul something macam tu lah..saya tak ingat the exact word. melalui Nuff analytic saya dapati ada ibu yang search pasal makan pulut durian masa dalam pantang...haahh..cik kak tergoda bau deroyan la tu, musim durian la katakan..sabar ye, lama lagi musim durian ni kot   =)

Saya bersimpati...sebab sama la nasib kita..saya pun berpantang bersalin masa musim durian, boleh jamu mata dan hidung je, mulut kunci rapat-rapat. Kalau ada ibu-ibu yang makan durian masa berpantang bolehlah kongsi pengalaman disini Saya hormati pantang larang tersebut dan saya pun tak nak ambil risiko..kesian kat anak, takkan nak ikut sedap mulut kita je. Tapi kalau sebenarnya makan durian tidak memudaratkan anak, tak mengapalah, boleh share disini jadi all doubts are cleared. ^^

Tuesday, July 27, 2010

Perlu Ke Keraskan?

Salam to all,

Saja nak bertanya 'apa benda pertama' anak-anak you all yang diabadikan dan menjadi kenangan hingga sekarang? ada orang buat Cap kaki anaknya yang masih baby, so sweet kan bila di framekan..memang kenangan. Ada juga yang cukup hanya gambar-gambar yang tebal di dalam album.

Bagi saya sendiri, mungkin kenangan atau benda pertama yang saya abadikan selepas menerima kelahiran Najihah adalah gelang tangan pengenalan hospital yang dipakaikan kepada baby semasa lahir. Saya masih simpan itu, kerana ia adalah memori yang terindah =) selain gambar-gambar. Tapi next time nak buat cap tangan atau kaki la untuk next-next baby..eceh.. jadi bila satu hari anak tak nak dengar cakap, boleh tunjukkan gambar cap tangan/kaki tu dan kata ' dulu awak cuma sekecil ini...ibu jaga sampai sebesar ini dengan penuh kasih sayang, zaman awak lahir ada banyak baby malang tapak tangan/kaki sebesar ni  yang tak sempat pun merasa kasih sayang mak ayah, dah dibuang merata, jadi hargailah ibu'.. ololo..

Tapi..tapi, ada satu benda yang saya rasa sangat MENGARUT untuk disimpan sebagai kenangan, cuba tengok

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


ye, poop ini adalah milik Suri anak uncle Tom Cruise...sila lah admire their creativity


Monday, July 26, 2010

Durian Begitu Begini

Sekarang di Terengganu dah musim durian (negeri lain tak pasti)..durian makin murah, banyak berlambak-lambak. Ramai suka makan durian..ada juga yang bau durian pun bagai nak pengsan bila terhidu sebab tak suka.

Saya suka durian..bukan kategori sukaaaa sangat..bukan...bukan kategori itu sambil menggelengkan kepala. Saya ni kategori kalau tak ada durian, tengok atau cium bau saja pun tak apa dah, tapi kalau ada lagi bagusss..

Saja nak kongsi few fun points pasal durian, kalau ada yang tak betul harap tegur, kalau ada yang kurang..sila lah tambah menambah.

1.Durian ni otai..orang panggil Raja apa?..Raja gopal Buah

2.Bau wangi yang dihasilkan buah durian..memang terbaekk!

3.Durian ada khasiat perubatan tau.. tak caya?

    Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.


4. Tak ada orang jolok pokok durian..its a funny fact
(Sumber)

5.Durian yang tak perlu tunggu buah gugur, yang ni


6.Pantang Larang - Orang kata, kalau makan durian jangan gabung dengan makan tembikai..boleh Innalillah

7. Pantang Larang -Gabung dengan makan ubat Tak Boleh.. orang kata

8.Pantang Larang -Gabung dengan minum Coke pun Tak Boleh...orang kata

9.Pantang Larang -Orang kata lagi, ibu-ibu yang di awal kehamilan tidak boleh makan durian..panass, bahaya.

10.Masa saya berpantang lepas lahirkan najihah, masa tu musim durian...my mom,aunty and brother yang teman masa pantang MELARANG saya makan durian.. my aunty cakap nanti ubun-ubun baby akan terbuka or merekah since kita kan BF baby..sort of..tak ingat.

11.Tapi...tapi.. ada je orang makan durian masa pantang..untuk hangatkan badan katanya..ohh tak aci
mana satu betul?

12.Jarang or rasanya tak ada orang akan potong durian macam ni... kecuali si pemilik gambar ni


13.Fakta- kalau dah makan 'segerombolan' durian, sila lah minum air  yang ditakung dalam kulit durian supaya badan tak rasa panas yang ini memang terbukti.

14.Fakta juga- basuh tangan dibawah air yang mengalir dari kulit luar durian akan menghilangkan bau durian daripada tangan kita, ini memang terbukti

15.fakta (14) belum pernah dieksperimenkan dengan kaedah berkumur-kumur..mana tau akan hilang bau durian dari mulut kan?

16.Durian pun ada yang isi merah, tak caya?

17. Bagi saya makanan yang berasaskan durian memang best..contohnya pengat durian, aiskrim durian,pulut durian,keropok durian, ada lagi tak?


18.Ini pun durian juga, tapi nama khasnya  durian belanda


19.Durian (except durian belanda) ada banyak jenis. Seperti yang dilaporkan disini, untuk durian jenis klon/ durian kahwin sahaja terdapat 200 jenis yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian.

20.Saya tak makan Tempoyak of course saya tak makan ikan patin masak tempoyak. My hubby tak makan tempoyak (on its own), tapi dia suka makan ikan patin masak tempoyak...kesimpulan:selera orang macam-macam.

okay, cukuplah 20 fun points, ada yang saya tak verify sebagai fakta sebab belum tahu kebenarannya unless ada orang yang sudah pernah bereksperimen. If so, please do share here.

Friday, July 23, 2010

Kelebihan Selawat Syifa

Salam,

Baru-baru ini saya ada menonton Wanita Hari Ini mengenai isu 'Meroyan', ustaz yang menjadi panel ada menyatakan wanita itu sendiri perlulah menguatkan dalaman mereka agar tidak terkena atau tidak berulang meroyan. Salah satu amalan yang dicadangkan adalah membaca selawat syifa'.

Khasiat Selawat Syifaa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :

1. Menyihatkan jasmani dan rohani.

2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.

3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.

4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.
 
Untuk penjelasan lanjut dan mengelakkan kekeliruan mengenai selawat syifa' bolehlah membaca di sini

Di dalam web Terapi Islam ada juga dinyatakan ;

"Selawat Syifa'  dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. Caranya ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas tempat yang sakit, untuk bengkak atau terseliuh elok dicampur dengan bawang merah yang telah ditumbuk. Insya' ALLAH dengan izin ALLAH maka hilanglah sakit atau bekas itu." 


Tuesday, July 20, 2010

aduyai,,apalah nasib

semalam nak dijadikan cerita, cermin keretaku pecah. Pagi nak pergi kerja baru perasan. terkejut beruk den.
Baru teringat, petang sebelum tu jiran sebelah duk mesin rumput. Alarm kereta bunyi 2x, bila jenguk tingkap tak perasan pula tingkap da retak, jiran sebelah pun wat dunno je..aiseh, sib baik ada member tinggal dekat boleh la tumpang ke tempat kerja (cik abang dah la pi kursus). FYI, umah sebelah jiran kami tu buat homestay, so pagi saya pi kerja diorang pun dah blah.. tak dapek den nak tangkap diorang red handed.

keretakkannya lebih kurang macam ni la..



panic juga, cemano nak bawak ke bengkel ni, side mirror mmg tak nampak pemandu amatur la katakan, bila tanya kat bengkel kalau ada stok..tokey kata ada, tanya balik..'cemano den nak bawak keto den ni, kang barai cermin tengah jalan', sekali dia suh seorang jejaka melayu muda belia memfollow kami untuk membantu memandu kereta ku...Syukur Alhamdulillah..ingat nak pakai topeng da tadi.

bila da setel semua melayang RM140, barulah lega di hati..kurang2 kami anak beranak ada kenderaan da..sekian.

Terengganu cutiii....happy holiday to all the Terengganu resident!

Sunday, July 18, 2010

Tragedy in The Backseat

I came across this story just now and as mentioned by parenting dot com it might seem impossible to some, but this tragedy did happen due to stress, changing rolls between mom and dad, etc.. Nauzubillah

I hope mommies could learn something from it

Mary Parks and her husband, Jeff, had everything they wanted: a comfortable house in Blacksburg, VA; well-paying jobs (Parks was an accountant, Jeff a research scientist); and two darling boys adopted as babies from Guatemala. The end of August and start of September 2007 had been stressful, though. Twenty-three-month-old Juan and his 4-year-old brother, Byron, had both been sick on and off. Parks's days had been blurs of work, daycare, doctors, business trips, visits with relatives, and anxiety. On September 7, after attending to a feverish Byron the night before, she left him home to recuperate with Jeff. Her plan was to drive Juan to daycare on her way to work.

Rarely had Parks taken just one boy to daycare. Rarely had she gone to work at all if one boy was sick -- but this time she and Jeff agreed to swap roles. Moments after she started driving, Parks says, she realized Juan had fallen asleep. It was the last time that morning that she would remember he was in the car. "We were no longer taking anything of his to daycare -- we were beyond diaper bags," she says. So there was no baby gear in the front seat to remind her. She caught no glimpse of him in the rearview mirror, either; in his car seat, Juan was too short to spot easily. Most important, perhaps, Byron wasn't there, chattering away. "He never fell asleep in the car," Parks explains.

Instead of stopping at the daycare center, she drove right to work. Parks grabbed her purse from the front seat, went into her office, and had "a normal day." Talked with her supervisor. Ate lunch at her desk. Called Jeff to see how Byron was doing. She even remembers telling colleagues that -- since Juan had been sick, too -- she might have to leave early if a call came from daycare to get him. In her mind, that's exactly where he was.

After work, Parks drove to the supermarket, shopped for dinner, and continued on to the daycare center to pick Juan up -- unaware that he was already sitting right behind her. When she arrived, his teacher asked,
"Was Juan out sick today?"

"No," said Parks. "I brought him this morning."

"He wasn't here today," the teacher said.

Within moments, Parks recalls, "a light in my head went on. I took off running toward the car. My heart was already in my feet because I knew how hot it had been that day. I got to the car, jerked open the door, and saw him. I reached over to him. I remember screaming at him, 'Juan! Juan! You've got to wake up!'?" Cradling her son's body -- stiff and still as a baby doll's -- Parks ran inside the daycare office. One staffer tried desperately to revive Juan with CPR; another called 911. "I went in crying for help," Parks says, "but I knew he was dead."

(story taken from parenting dot com)

Maybe these two options would work

1.easy view mirror


2.front load baby carseat

"My Najihah ,My Precious"

Saturday, July 17, 2010

Can't believe it was 2 years ago?

Today, 17th of July, exactly two years ago Najihah was born. I can still remember how I cried when nurses first showed her to me after the labour (story here) teresak-esak I nangis tau
Listening to her first voice…ooo...it was by far The most touching moment of my life as a mother (besides listening to to her first time calling me 'ibu').

Najihah darling,
Today is your second birthday my dear, Ibu always pray to ALLAH for your wellness and happiness and ibu will never stop pray for your success in life and the hereafter

ada ke patut letak gambar kek masa umur setahun??hehe...
nampak tak how they cincai-ly done the writing..huhu
to be continued.....

Friday, July 16, 2010

Hi...Thank You!

Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang sudi bertandang di rumah saya majoritymama ni yang sangat la serba kekurangan. Entry pun tak seberapa nak ada.

Dalam dunia maya ni, semua geng blogger macam one whole big family kan, especially mommies, sebab masing-masing dengan cerita anak, banyak kita boleh belajar dan kadang-kadang rasa macam anak kawan kita membesar depan mata kita je.

Sedar tak sedar rasanya hampir-hampir setahun juga saya dah berblogging, sekadar suka-suka, mencari rakan yang sudi 'mendengar' luahan rasa andai ada, yang sudi membantu dengan nasihat dan pendapat.
Terima kasih kawan-kawan..terharu.. (Y_Y")

Kebanyakkan pembaca majoritymama saya memanglah dari Malaysia, tapi ada seorang pembaca ni lokasinya di United States sana and she constantly reading majoritymama, even sekali seminggu. To you there..Hi!..Thank You yaa..kalau sudi perkenalkanlah diri. (^_^).

Love you all a lot!!

Thursday, July 15, 2010

Wanita... Hati-Hati!

Salam to all mommies,

Saya nak tanya satu soalan kepada ibu-ibu yang biasa membawa kereta.
Situasinya di pump station, anda nak mengisi minyak dan membayar secara cash.  Pada waktu ni anda hanya berseorangan, oleh itu kalau nak bayar cash kenalah ke kaunter pembayaran kan? kereta tu anda tinggalkan..

i-dengan enjin masih terpasang ,atau
ii-tutup enjin tapi tak kunci ,atau 
iii-tutup enjin dan kunci

yang mana satu?

Semasa mengambil najihah dari nursery, saya perasan ramai ibu-ibu yang membawa kereta sendirian, tinggalkan kenderaan dengan enjin masih terpasang di depan nursery (nursery adalah di kawasan perumahan,corner lot) walaupun jaraknya taklah jauh antara pintu rumah dan kereta tapi kadang-kadang berlaku pengasuh lambat membawa anak keluar, kadang-kadang seronok bersembang sekejap dengan pengasuh bertanya hal-hal aktiviti anak-anak pada hari itu, setakat yang saya tahu tidak pernah berlaku sebarang kejadian buruk lagi setakat ini. Apa yang saya sendiri amalkan, saya mesti tutup enjin dan kuncikan kereta kerana saya pernah dinasihati oleh seseorang mengenai ini.

Pada pandangan saya, tidak seharusnya kita tinggalkan kenderaan yang kosong dengan enjin masih lagi hidup, kerana pada masa kini jenayah mudah dan cepat saja berlaku.  Contohnya seperti apa yang dialami oleh pelakon Ainul  ketika keretanya berhenti disimpang jalan, baru nak naikkan cermin, Encik peragut ni dah sentap handbag beliau yang diletak atas kerusi penumpang dan lari tanpa sempat dicam..cepat kan?

Kereta yang bertuan dan enjin masih hidup (sudah tentu pintunya tak berkunci) pastilah easy-easy target. Hari ini saya dapat satu email berkenaan perkara ini, walaupun kesahihan email ini tak pasti, tapi ada logiknya, saya pastekan disini,

Scary Incidence Happened in Seremban


Dont know whether to believe this or not but it pays to be always alert to this sort of situations ???
A reminder to all !!!!!!!!!!!


This is pretty scary, as is (its modus operandi is similar) with the case of Ms Canny Ong


A friend stopped at a pay-at-the-pump gas station to get gas. When she had
filled her gas tank after paying at the pump and about to leave, the
attendant inside came over the speaker.
He told her that something happened with her card and that she needed to
come inside to pay.


The lady was confused because the transaction was completed and approved.
She told him that and was getting ready to leave but the attendant once
again urged her to come in to pay or else.....
She proceeded to go inside and started arguing with the attendant about his
threat.


He told her to calm down and to listen carefully:
He told her that while she was pumping gas, he saw a guy had slipped into
the back seat of her car and hid on the other side.
He had called the police.


She immediately became scared and looked out there in time to see her car
door open and the guy slip out.
The story went that it has to do with a test for the new gang initiation
thing which requires one to bring back a woman's body part..
One way they are doing this is crawling into girls/women's cars while the
target is pumping gas or at the grocery store at night time. Then, they will
cut off the victim's legs/ankles to disable them in order to kidnap them,
and later kill and dismember them.


The other method is slipping into unattended cars and kidnapping the women
for the same purpose
Please pass this on to other women, young and old alike.


Ladies, be extra careful when going into your parked car at night.
Do not park at lonely or secluded places at any time of the day for the sake
of free parking!

If at all possible, don't drive alone at night!


This is real! Kidnapping! Murder! Dismemberment! These are all happening


here in Malaysia !!!


The message:
1.. ALWAYS lock your car doors, even if you're gone for just a second.


2. Check underneath your car when approaching it for re-entry, and check in


the back before getting in.


3. Always be aware of your surroundings and other individuals in your


general vicinity, particularly at night!

semoga jadi pengajaran untuk kita semua.. :)



Wednesday, July 14, 2010

Tok Nujum Sotong

Salam all mommies

meh kita time off sekejap..

Kalau selalu Tok Nujum dikaitkan dengan Belalang. Tetapi untuk World Cup baru ni, kerjaya Tok Nujum telah diambil alih oleh seekor sotong kurita yang baru berumur 6 bulan.

Paul si sotong kurita ni telah 'meneka' bahawa Sepanyol adalah juara dan juga meneka German akan memenangi tempat ketiga selepas mengalahkan Uruguay.

Cara Tok Nujum Sotong bekerja, macam ni.. mereka-mereka yang bertanggungjawab telah memasukkan clam dalam box yang telah dilekatkan gambar bendera team yang akan beraksi,  mana box yang Paul pilih untuk makan Clam nya dikira akan memenangi perlawanan.

senang kan? mari tengok buktinya

see? Paul ni suka makan clam berbangsa Sepanyol 

Entry ni hanyalah untuk suka-suka ye ibu-ibu, tak ada unsur mengajak anda mencari kucing untuk meneka Supermarket mana yang barang basahnya lebih murah hari ini..hehe.

Dari sini kita boleh melihat sampai tahap mana manusia ni sanggup berusaha untuk tujuan tilik-tilik nasib ni. Sotong pun kira ok, kalau sotong ni salah, mau disalai on the spot ye dak?

Harga endorsement sotong ni mencecah hingga 4.5 juta.. giloss..untuk maklumat suka-suka yang lanjut boleh baca DISINI

Thursday, July 8, 2010

Perkhidmatan Cuci Kain Lampin

Kalau ada perkhidmatan cuci kain lampin di Malaysia ni bagus juga.
Yang paling bagus kalau si syarikat pencuci datang ambil dan hantar kain-kain lampin terpakai ni di rumah dan hantar yang fresh wangi berbasuh di pintu rumah.
Perkhidmatan macam ni akan menggalakkan orang kita memakaikan kain lampin/cloth diaper instead of disposable diaper kepada anak mereka yang pastinya.

Tapi sebenarnya perkhidmatan seumpama ini memang wujud di US nun..


Saya dapat tahu mengenai indutri basuh lampin ni melalui rancangan 'Dirty Jobs', ye..memang dirty jobs sekali.

Mari kita tengok proses kerja Tidee Didee ni,  lebih kurang macam ni la..

1-Ada driver khas yang membawa blue plastic bag go around town ke rumah-rumah yang telah di assign kerana memerlukan lampin dan untuk mengambil lampin-lampai yang sudah dipakai.
Ok, lampin-lampin ni memang folded just the way it is..meaning..tak ada bilas-bilas...haha..memang boleh memengsankan.

2-Bila sampai di pusat pencucian, ada personel yang akan sagregate dan kira lampin yang masuk ni.
memang personel yang buat ni tahan giler tanpa face mask. Kalau setakat lampin anak kita tak apalah, ini dengan lampin pelbagai peringkat umur budak dan orang dewasa pun ada.Tapi yelah, Alah Bisa Tegal Biasa kan?
.

3-Peringkat seterusnya adalah upacara pembasuhan..sigh.
Di peringkat ini, petugasnya adalah seorang pakcik tua yang sudah bekerja disitu selama berpuluh tahun. Menurut pakcik ni, dia suka kerja disitu sebab tak perlu jumpa orang dan tak perlu pakai lawa-lawa sangat..^^

Proses membasuh lampin ni pun sama, tak ada bilas-bilas dah...memang apa yang diambil di muka pintu dan di kira bilangannya tadi memang sebijik itulah yang dimasukkan dalam mesin basuh. Bayangkan mengangkat lampin-lampin yang paling bawah sekali....cepat bayangkan..hehe

Mesin basuh pintar tahap industri ni memang besar. setiap kali basuhan ada 13 rounds. Prosesnya termasuklah untuk memisahkan lampin daripada najis-najis yang ada..nanti ada saluran khas untuk bawak keluar najis ni.

selepas habis basuhan, pH kain lampin akan diperiksa supaya menyamai pH kulit bayi..bagus tau.

 

4- Setelah kering, lampin akan melalui proses QC sebelum dilipat. Lampin yang masih kotor akan dibasuh semula dan lampin yang dah carik ke aper akan diasingkan dan dijual sebab kualiti sudah tidak menepati standard. Biasanya pusat-pusat basuh kereta adalah pembeli setia.

 

Ok, ada siapa-siapa berminat untuk buat such bisnes kat Malaysia ni?? (^^ ")

BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010

Dulu-dulu masa dengar pasal Banci ni, saya tak ambil port pun. Yelah, masa tu masih lagi bergelumang dengan buku-buku atau masih lagi bermain-main dengan kawan membiarkan mak dan ayah yang urus apa-apa yang patut.

Tapi sekarang ni bila dengar pasal BANCI ni terus rasa curious..macam mana la tu prosedurnya??
Kalau dengar dalam radio atau dalam surat khabar memang banyak menguar-uarkan pasal Banci dan ada juga mention pasal e-census, maksudnya menjawab bancian secara online.

Saya pun dengan rasa tanggungjawab semangatnya mencari laman web JPM untuk membuka e-census, JPM di sini merujuk kepada JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA ye kawan-kawan bukan Jabatan Perdana Menteri...sigh..

laman web e-census yang dimaksudkan adalah seperti ini

Oleh kerana bekerja, saya merasakan bancian secara online adalah yang paling tepat untuk saya.
Turns out, saya masih memerlukan butir-butir pengenalan yang akan diberikan oleh Pembanci yang akan menyinggah di rumah saya nanti.

                                    

Maka kenalah tunggu ye.

Ini adalah sedikit maklumat mengenai BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN MALAYSIA 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah merupakan satu projek pembancian yang dijalankan di semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara Malaysia pada tahun 2010. Ia adalah projek banci kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci telah mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.


Terdahulu, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci Penduduk dan Perumahan 2010 dilaksanakan bermula pada 6 Julai 2010 dan berakhir pada 22 Ogos 2010. Bancian yang dibuat setiap 10 tahun pada kali ini adalah penting kerana ia merupakan bancian terakhir sebelum tahun 2020. Ia juga bagi membolehkan kerajaan Malaysia mengumpulkan data dan maklumat untuk menjurus kepada Wawasan 2020 yang bermatlamat menjadikan Malaysia negara maju.

Dapatan dan pengumpulan data semasa Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 akan membekalkan maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk di Malaysia. Segala maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan Malaysia dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain untuk tujuan pembangunan negara demi kemaslihatan rakyat dan penduk Malaysia pada masa hadapan.

Terdapat  2 cara pengumpulan data yang dijalankan.
i- Temu ramah bersemuka oleh pembanci dan penghuni kediaman: 
ii-Pengisian sendiri
       ii(a)-Drop-off and pick-up (DOPU)
       ii(b)-e-Census

(Maklumat lanjut daripada wikipedia)

Kepada mana-mana mommy yang sudah dibanci, harap boleh share pengalaman disini ^_^

Wednesday, July 7, 2010

Aktiviti Menyelamat

Kalau jalan jauh say 4 to 5 hours punya journey, apa aktiviti yang biasanya mommies buat untuk mengisi kebosanan diri..anak-anak? Yelah, budak-budak kalau duduk dalam kereta (ruang tertutup) ni biasanya jadi bosan kan.
Kalau boleh kita tak nak pemanduan suami terganggu dengan kebosanan anak-anak ni, jadi saya senaraikan disini beberapa aktiviti yang saya sendiri biasa buat;

1- Baca buku bersama
Carschooling along the way. Tapi aktiviti ni pun kadang anak-anak jadi bosan juga, apatah lagi kalau baca buku yang sama 4-5 kali.so, kena tambah alternatif lain.

2.Berzikir dan menyanyi nursery rhymes
Kanak-kanak biasanya memang suka, kalau contoh nak nyanyi nursery rhymes macam lagu 'If you happy and you know, you..' nah..disitulah keseronokan aktiviti bermula sebab kita boleh letak macam-macam gerakan yang kelakar.

Kalau zikir, saya suka 'Ya Latiff' berulang kali, kalau kebetulan Najihah menyusu, memang boleh sampai tertidur

3-Tengok Educational DVD
Alahai, kereta saya tak ada lah portable DVD ni, tak mampu. Tapi dengan handphone ku yang tak canggih mana, dengan gigih telah merakam dari lensa TV beberapa favourite show Najihah e.g;Jim Jam and Sunny and Alvin and the Chipmunk.Yang ni boleh lah bertahan untuk tengok beberapa kali.

4-Flash Card
Baca Flash Card bersama-sama dalam kereta pun seronok juga, macam main kuiz-kuiz gitu. Kalau kita letih, apa kata rakam sessi baca Flash Card ni (rakam gambar flash card itu saja) dan bagi anak kita tengok je rakaman tu, yang ni dia tak bosan sangat sebab dia berkuiz dengan diri sendiri..hehehe.

5-Kerap-kerap berhenti
Untuk sessi meregang-regangkan badan dan berlari-lari anak bersama anak.. :p

6-Sticker Book
Yang ni adalah the best recent activity sebab kami dah lama tak jalan jauh. Gambar di bawah cukup menceritakan apa yang saya maksudkan (^_^). Sticker memang terbaek..


boleh teka tak najihah wat susunan/ejaan apa pada sticker tu?

Monday, July 5, 2010

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU

Sekadar untuk berkongsi,
Yang utamanya adalah peringatan buat saya


Rahsia Solat Awal Waktu

Ditulis oleh Ustaz Zahazan (Pensyarah UIAM)
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan
warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi.


Waktu Subuh

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) -
dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang ulang
kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus,
ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini
bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan
dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.



Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada
waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat
oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga
alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat
ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana
Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi
kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin
dalam menghadiri kelas taichinya .

Sunday, July 4, 2010

Germany vs Argentina

Mommies ada yang kena demam bola sepak ke?
Biasanya kalau sang hubby demam bola..ibu dan anak akan sama dapat kesannya.. tak banyak..sikit..kan?

Saya tak follow sangat, tapi saya sokong apa yang my hubby sokong.
This year its.. Germany..

Pada pandangan saya, kalau tanya orang yang tak tahu sangat pasal bola ni..biasanya team yang menjadi pilihan adalah nama-nama gah yang memang terbukti kehebatan mereka seperti Brazil, Argentina dan England..

Tapi hakikatnya, ketiga-tiga team ni dah terkeluar daripada cabaran.

Dan semalam dah terbukti kehebatan German dan betapa berbaloinya adikku baru membeli jersi German sebab terpengaruh dengan  Bapa dan Abang Iparnya.. (^_^)

German kalahkan Argentina 4-0 !!
walau tanpa kehadiran Ballack yang tersenyum macho bersuit lengkap di tepi padang.

Saya juga ada depan tv menyaksikan perlawanan itu dan...dan.. okay, tiada sebarang ayat untuk menghentam Argentina, nanti kena band dengan peminatnya..

It was a good match.

memang berbaloi duduk bersama menghabiskan masa tengok bola dengan suami sekejap, boleh dapat ilmu free dan boleh spent precious time together..betul tak? hehehe...

Thursday, July 1, 2010

Singgah Solat di Beijing

On early june supposedly my hubby kena berkursus di HQ nya, but the course was cancelled so he decided to take us balik Kampung – Besut, Terengganu.

It was a sudden decision and we all just pack barang and go, like no planning at all. Gerak dalam jam 6.30 petang. Kami stop agak lama di McD Kerteh..lama dah tak pegi McD. FYI, kat Terengganu ni McD memang scarce..hehe.

Selain melawat saudara mara we also went to



Rantau Panjang

My SIL ajak ke Rantau Panjang lepas all the guys selesai Solat Jumaat, tapi plus minus all the activity pukul 4.30 pm juga baru kami bertolak ke Rantau Panjang. Didn’t buy anything, coz sampai pun dah dalam pukul 5.40 pm, ingatkan Rantau Panjang akan makin meriah pada waktu malam, rupanya dekat waktu maghrib je semua dah tutup kedai daaa.. so next time kena lah plan elok-elok datanglah awal pagi untuk bershopping spree.



Overall for me, barang-barang kat Rantau Panjang harga tak banyak beza dengan pasaran local yang lain, itupun setelah membuat perbandingan on few items. But still bagi yang suka cuci mata ber window shopping memangg seronok la masuk rantau panjang ni sebab luas,banyak kedai dan barang-barang masih boleh ditawar harganya. Saya pun tak round habis sebab masa tak cukup so my judgement might not be fair (^_^)


Apa yang kami jumpa lagi?

Cuba teka bangunan apakah ini?


Puan-Puan Jangan Silap Ye gambar hp cikai ku memang la tak lawa

Bangunan ini sebenarnya adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau nama glamer nya ‘Masjid Beijing’

Tak Percaya???

Gambar yang lebih jelas disini

Teringat pula perbulan dengan hubby masa mula nak pergi Rantau Panjang dan lalu depan masjid ni

Saya: ‘Biar betul ini masjid??!!’

Hubby: (sedang memandu) ‘ish’ buat muka pelik sebab tak sempat tengok betul-betul..tak percaya la tu.

Sekalinya masa balik, nak singgah sembahyang maghrib, berhenti la di situ..memang kagum dan barulah semua percaya bahawa itu memanglah masjid.Interior dalamannya pun memang cantik dan mendamaikan.


Pada siapa yang tak pernah sampai, boleh la cuba pergi ke Rantau panjang, Kelantan ye. Ada rezeki lebih ingat nak cuba pegi ke ‘Pengkalan Kubor’ or ‘Wakaf Che Yeh’ pulak la.. semua tempat ni ala-ala Nilai 3 la, tempat bershopping spree.
Related Posts with Thumbnails

MY DEAREST

About Me

My photo
This Blog Might Be My Life Journal, To Share Knowledge And Experience,Joy And Sadness. I Hope You'll Learn Something From Here Or Just Leave It If You Find It Rubbish. I Dedicate This Blog to My Family So That, Eventhough Far Apart, They Can Still Feel Our Presence So Near.